Monday, July 27, 2015
Persepsi Tidak Bertambah Baik Dgn Berkata “BN Akan Kalah Esok”
Dikatakan bahawa Perdana Menteri dikelilingi oleh penasihat dan pegawai
yang tidak berguna. Selalu bagi nasihat salah kata mereka.
Sejauh mana kenyataan itu betul, masih boleh didebatkan kerana dari
pandangan dan penglihatan, tidak ada kenyataan Datuk Seri Najib yang
boleh diguna untuk melemahkan UMNO, setakat spin spin biasa macam itu
sajalah, majoritinya tidak pernah disebut beliau pun.
Penulis dalam masa yang sama, tidak pasti penasihat dan pegawai
bagaimana pula yang mengelilingi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang menganjurkan jika beliau berkata ‘BN Akan Kalah
Kalau Pilihanraya Diadakan Esok”, ia adalah satu cara untuk memberi
persepsi positif kepada BN?
Agaknya penasihat dan pegawai yang sama juga yang menganjurkan dengan
berkata “Saya Melayu Dulu, Malaysia Kemudian” akan meningkatkan imej
beliau sebagai pemimpin untuk rakyat berbilang kaum di negara ini.
Mungkinlah, penulis tidak tahu.
Tapi yang penting penulis nak cakap, nasihat itu salah. Ia tidak
langsung membantu, menambah buruk lagi ada, terutama bila hanya sekerat
saja yang diambil sebagai tajuk, sekerat lagi tak disebut, tapi
begitulah permainan persepsi.
Muhyidin penulis rasa tahu, tapi entah kenapa, beliau masih memilih
untuk menyebutkannya sekalipun tahu ia akan diputar belitkan.
Penulis akui, kebenaran kadang kala memang pahit, tapi ada cara mengendalikannya.
Kita tidak akan cerita kulit bapak kita berpanau kepada orang lain
sekalipun itulah kebenarannya. Komando tentera yang ditangkap, tidak
akan menceritakan strategi pasukannya kepada musuh sekalipun itulah
kebenarannya.
Faham maksud cakap tu?
Cheras adalah kawasan yang BN memang tidak pernah menang zaman berzaman.
Buruk-buruk Bukit Bintang pun calon BN pernah menang sekali disitu
tapi Cheras seingat saya tidak pernah.
Zaman cemerlang tak pernah, zaman tak berapa nak cemerlang apa lagi.
Justeru, jika yang dirujuk Muhyiddin bila berkata “BN Akan Kalah Kalau
Pilihanraya Diadakan Esok” adalah kawasan Cheras, maka itu masuk akal.
Memang kalau ikut bacaan sekarang, Cheras adalah kawasan yang kita tida
boleh menang untuk satu jangka masa yang panjang.
Tapi, tak pula kita bagi mereka menang tanpa bertanding, betul gitu Tan Sri?
Kebenarannya begini sajalah Tan Sri, pahit dan susah juga nak sebut tapi
kita perlu sebutkan juga, Tan Sri juga yang ajar ni. Kalau tak yakin
nak memastikan kemenangan UMNO/BN, kalau tak boleh nak beri persepsi
baik kepada UMNO/BN dan paling penting, kalau tak boleh nak jadi
Timbalan yang setia, ikut macam nasihat dibawah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment