Semalam kami melaporkan sekumpulan kepimpinan Pemuda UMNO Pusat dan mereka yang rapat dengan
Ketua Pemuda UMNO Malaysia dipercayai sedang bergerak mempengaruhi
pemuda agar tidak menyokong Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.
Kami tidak menyiarkan printscreen terbabit sebelum ini kerana hanya
mahu memberi ingatan kepada mereka agar berhenti berbuat demikian
bukannya memalukan mereka.
Namun sebahagian “printscreen terbabit telah
tersiar di ruang Facebook kebanyakan aktivis maya pro-UMNO.
Berikut adalah printscreen WhatsApp yang telah tersebar:


Isunya bukan Pemuda tidak boleh tegur atau bincang isu kepimpinan parti dan negara dalam Whatsapp Group.
Ada beza berbincang dan melakukan percambahan idea dengan merancang sesuatu. Yang membaca whatsapp terbabit tahu mereka merancang sesuatu.
Yang menjadi persoalan ialah mereka berpakat memberi sokongan palsu depan Perdana Menteri tetapi berazam bertindak sebaliknya.
Bukankah ini hanya mengesahkan lagi laporan kami sebelum ini dalam PRK Rompin beberapa bulan lalu yang mereka begitu bersungguh nafikan?
Dipetik daripada sumber : mykmu.net
No comments:
Post a Comment