Monday, July 27, 2015
'Saya Hanya Berhijrah', Jawab Siti Mariah... Ohhh Bukan KATAK lah
SYABAS DR. DAP AKAN DAPAT LAGI SEORANG MELAYU ISLAM YANG BOLEH DIKUDAKAN
Desas-desus khabar angin mengatakan Ahli Parlimen Kota Raja, DR SITI
MARIAH MAHMUD sudah keluar dari Pas bertiup kencang apabila namanya
disebut-sebut antara wakil rakyat yang menyertai Gerakan Harapan Baru
(Harapan Baru) sekali gus meninggalkan parti yang disertainya sejak 22
tahun lalu. Ikuti wawancara bersama beliau.
Benarkah YB sudah lompat parti dan mengubah angin dalam perjuangan parti lain?
Saya bukan lompat parti, tetapi saya berhijrah ke parti yang benar-benar
ingin perjuangkan Islam. Saya juga masih ahli Pas, bahkan hingga ke
hari ini, saya belum terima sebarang surat pemecatan daripada pucuk
pimpinan tertinggi Pas.
Saya memang sudah bergerak dalam Harapan Baru namun Harapan Baru belum
terbentuk sebagai parti baharu...ia belum diluluskan sebagai sebuah
parti malah saya sendiri masih bertanya ia diluluskan atau tidak.
Adalah kurang bijak bila ada orang bercakap yang saya sudah masuk parti
baharu. Rumah pun belum siap...bagaimana saya nak pindah ke rumah
baharu.
Apakah yang menyebabkan YB menyertai Harapan Baru?
Saya meneruskan hijrah ke Harapan Baru kerana ingin bawa isu semasa
negara seperti isu 1MDB dan isu-isu politik yang sedang menghimpit
rakyat. Harapan Baru lebih ke arah untuk membentuk parti Islam
alternatif selain Pas dan kita nak hasilkan yang lebih eksklusif serta
terbuka kepada semua kaum.
Alternatif yang saya maksudkan ini merujuk kepada sebelum ini di mana
hubungan dalam PR terdiri parti Islam Pas-DAP-PKR begitu erat namun
sejak hubungan Pas dan DAP terputus melalui muktamar dan seperti yang
diputuskan Majlis Syura, nampak sangat Pas sudah tidak mahu bekerjasama
dengan DAP lagi.
Jadi berlaku kelompangan dalam PR. Bagaimana kita hendak hadapi PRU14
bila Pas tidak mahu lagi bekerjasama dengan DAP? Di negeri pantai barat
penerimaan kepada Pas agak berbeza dengan di Kelantan, jadi kita
berhasrat hendak mengisi kelompangan itu. Rata-rata pengundi di sana
marah, mereka bukan undi Pas semata-mata tetapi undi PR.
Apabila Harapan Baru akan bertukar menjadi sebuah parti, adakah YB akan mengisytiharkan keluar dari Pas?
Ya, secara jujurnya saya akan umum keluar dari Pas, hipokritlah saya
bila Harapan Baru jadi parti, saya hanya suruh orang lain sertai
sedangkan saya sendiri tak sertainya. Di sini saya nak jelaskan saya
bukan lompat parti tetapi saya hendak teruskan perjuangan Islam dalam
parti baharu yang lebih mesra, dan meletakkan Aulawiyat (keutamaaan)
dalam perjuangan.
Adakah selama ini Pas tidak memperjuangkan Islam?
Saya akui Pas memperjuangkan Islam, namun sejak kebelakangan ini
perjuangan mereka sudah tidak sama seperti dahulu...saya akan berikan
penjelasan melalui risalah berkenaan perbezaan perjuangan itu agar
rakyat lebih faham dan jelas kenapa saya mahu bersama dengan Harapan
Baru.
Kita boleh lihat di Indonesia, berapa banyak parti Islam. Kita harus
faham parti Islam bukan hak eksklusif. Bila PR berpecah susah untuk
dapat sokongan daripada orang bukan Islam walhal kita berjuang sudah
lama untuk sampai ke tahap sekarang bersama bekas Mursyidul Am Pas,
Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Apakah yang membezakan Pas dengan Harapan Baru?
Pas adalah wadah perjuangan Islam bukan matlamat, ia berbeza. Saya bukan
hendak memperkecilkan peranan Pas...saya sayang pada Pas tetapi saya
lebih sayangkan Islam.
Sekarang bila saya berkawan dengan orang bukan Muslim, saya boleh
bercerita kepada mereka tentang malam lailatul qadar...dalam Harapan
Baru kami akan perjelaskan perkara yang kurang jelas berkenaan Islam
kepada orang bukan Islam. Ia pendekatan yang berbeza.
Apa pandangan YB apabila orang mentafsirkan Harapan Baru ditubuhkan
untuk menentang Pas ekoran kekalahan beberapa pemimpin dalam pemilihan
lalu?
Harapan Baru bukan hendak lawan Pas, sebenarnya kita kesal apabila dalam
Pas, pendapat orang lain tidak boleh diterima pakai sedangkan hanya
pendapat ulamak yang boleh diterima sampai kita lupa yang negara kita
ada ustaz dan mufti.
Sejak kebelakangan ini, sikap itu sudah menjadi satu ketaksuban di
kalangan ahli dan pemimpin Pas, saya nak katakan orang Pas memang
‘advance’ dalam siasah. Perbezaan dua aliran pemikiran iaitu ulamak dan
profesional susah untuk dicantum semula walaupun pelbagai pendekatan
sudah digunakan.
Sejak bila perpecahan dalam Pas berlaku?
Bukan perpecahan tetapi perbezaan pendapat itu bermula sudah lama dan ia
lebih ketara pada PRU13 lalu yang mana berlaku perselisihan faham dalam
pembahagian kerusi, isu Menteri Besar Selangor dan isu hudud. Di situ
sudah nampak simptom atau gejala luaran, namun dari segi dalaman ramai
orang tak tahu yang di dalam Pas memang tidak ada persefahaman.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment