Monday, July 27, 2015
Wan Azizah Akui Perpecahan Dalaman PKR Gagal Diselesaikan
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui berlakunya
perpecahan dalam partinya yang masih gagal diselesaikan sehingga ke hari
ini.
Kata Wan Azizah, hanya suaminya sahaja, Anwar Ibrahim yang dapat
menyelesaikan perpecahan parti dan pakatan pembangkang yang berlaku
sekarang ini.
“Buat masa ini, tidak ada yang mampu untuk menyatukan kelompok-kelompok,
dari pelbagai pemikiran dalam KEADILAN dan masih belum ada pemimpin
negara yang mampu menyusun pakatan pembangkang, sepertimana yang
diusahakan oleh Saudara Anwar.
“Maka dengan itu saya menyeru seluruh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat,
untuk terus istiqamah memantapkan perjuangan dan memperkukuhkan kesatuan
kita bagi mendepani massa,”katanya dalam Facebook semalam.
Kenyataan beliau itu turut dilampirkan dengan gambar-gambar Majlis Ramah
Mesra Aidilfitri sempena Jelajah Amanat Presiden Peringkat Negeri
Selangor di Tanjung Karang, 24 Julai.
Selagi lagi kenyataan yang berlatarbelakangkan program ‘ceramah bersama
Presiden dan pimpinan pusat Keadilan’ di Taman Indah, Wan Azizah terus
konsisten membuat gesaan yang sama.
“Dalam suasana politik yang serba mencabar ini..Kak Wan mengarahkan
kepada seluruh pemimpin dan anggota KEADILAN supaya fokus kepada
pemantapan parti..
“Kita harus menolak politik kepuakan kerana ia hanya akan merosakkan
perjuangan untuk jangka panjang..utamakan rakyat lebih daripada
kepentingan peribadi..,”katanya dalam Facebook hari ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment