KUALA LUMPUR : Bekas Aktivis Pas, Ustaz Mohd Riza Kamarudin
melihat Pas seolah-olah baru tersedar daripada mimpi apabila
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kumpulan wakil
rakyat yang bertindak melompat parti dirujuk sebagai ‘monyet’ .

Menurut beliau Abdul Hadi sepatutnya lebih peka untuk lebih awal
sedar tentang kelompok yang digelarkan “monyet” ini betapa tindak tanduk
mereka sebelum ini jelas sudah kelihatan tidak berpihak kepada Pas.
Justeru katanya hari ini garangnya Abdul Hadi mungkin sudah terlambat
dan tidak mampu lagi untuk menyekat kumpulan berkenaan untuk
meninggalkan Pas serta menubuhkan parti baru selain membentuk kerjasama
dengan bekas sekutu Pas sebelum ini.

“Seaptutnya perkara ini sudah lama pimpinan Pas khususnya Presiden,
Datuk Seri Abdul Hadi sedar dan tahu. Takkan tak boleh nampak bagaimana
kecenderungan mereka dalam membawa watak dan diri masing-masing menerusi
jemaah Pas sebelum ini khususnya ketika mana Hadi sendiri menerima
pelbagai kritikan daripada rakan-rakan sendiri.
“Pada dan ketika
itu susuk tubuh mereka yang cenderung kepada siapa sudah boleh nampak
dan bagaimana mereka mempertahankan presiden sendiri. Hari ini baru Hadi
nak garang dan sedar sudah terlambat. Bagi saya sudah terlambat.
“Jika sesuatu dilakukan pada masa dan waktu itu khususnya dua atau
tiga tahun yang lalu, apa yang berlaku hari ini Pas boleh kekang dan
boleh elakkan daripada terjadi. Namun hari ini bak kata pepatah nasih
sudah menjadi bubur. Garangnya Hadi seolah-olah tidak membawa erti dan
makna,” katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.
Dilaporkan kumpulan wakil rakyat yang bertindak melompat parti
dirujuk sebagai ‘monyet’ oleh oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
Katanya monyet berkenaan sudah tidak sabar untuk melompat ke pokok
lain setelah mereka dapati pokok yang diduduki sebelum ini kehabisan
buah.
Merujuk kepada mereka yang meninggalkan Pas bagi menyertai Parti
Amanah Negara (Amanah), beliau menyifatkan kumpulan itu seperti “monyet
yang tidak sabar tidak setia kepada perjuangan.”
“Ini monyet tidak tahu makna istiqamah. Sebaik sahaja mereka sudah
tidak memiliki buah, mereka segera melompat ke pokok lain yang mempunyai
buah-buahan.
“Mereka meninggalkan pokok itu tanpa memahami makna istiqamah dan
cabaran-cabaran yang dihadapi,” katanya ketika Himpunan Fastaqim di
sini, Sabtu.
Kata UstazRiza lagi perhimpunan Pas di Kota Bharu Sabtu lalu juga
sebenarnya tidak memberi apa-apa makna apatah lagi dalam usaha untuk
menunjukkan kekuatan kepada kumpulan terbabit.
“Seramai mana sekali pun Pas himpunkan ianya sudah tidak memberi
makna. Nak tunjukkan apa lagi. Kalau sebelum ini ya betul tindakan
mereka itu. Namun hari ini seperti mana yang saya katakan tadi
terlambat…sudah terlambat,” ujarnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment