Monday, October 19, 2015

Pas Seperti Baru Sedar Dari Mimpi… Baru Sedar Kelompok “Monyet”

KUALA LUMPUR : Bekas Aktivis Pas, Ustaz Mohd Riza Kamarudin melihat Pas seolah-olah baru tersedar daripada mimpi apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kumpulan wakil rakyat yang bertindak melompat parti dirujuk sebagai ‘monyet’ .
http://i.ytimg.com/vi/Evuv8GNC_xE/hqdefault.jpg
Menurut beliau  Abdul Hadi sepatutnya lebih peka untuk lebih awal sedar tentang kelompok yang digelarkan “monyet” ini betapa tindak tanduk mereka sebelum ini jelas sudah kelihatan tidak berpihak kepada Pas.

Justeru katanya hari ini garangnya Abdul Hadi mungkin sudah terlambat dan tidak mampu lagi untuk menyekat kumpulan berkenaan untuk meninggalkan Pas serta menubuhkan parti baru selain membentuk kerjasama dengan bekas sekutu Pas sebelum ini.
monyet
“Seaptutnya perkara ini sudah lama pimpinan Pas khususnya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi sedar dan tahu. Takkan tak boleh nampak bagaimana kecenderungan mereka dalam membawa watak dan diri masing-masing menerusi jemaah Pas sebelum ini khususnya ketika mana Hadi sendiri menerima pelbagai kritikan daripada rakan-rakan sendiri.

“Pada dan ketika itu susuk tubuh mereka yang cenderung kepada siapa sudah boleh nampak dan bagaimana mereka mempertahankan presiden sendiri. Hari ini baru Hadi nak garang dan sedar sudah terlambat. Bagi saya sudah terlambat.

“Jika sesuatu dilakukan pada masa dan waktu itu khususnya dua atau tiga tahun yang lalu, apa yang berlaku hari ini Pas boleh kekang dan boleh elakkan daripada terjadi. Namun hari ini bak kata pepatah nasih sudah menjadi bubur. Garangnya Hadi seolah-olah tidak membawa erti dan makna,” katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.

Dilaporkan kumpulan wakil rakyat yang bertindak melompat parti dirujuk sebagai ‘monyet’ oleh oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya monyet berkenaan sudah tidak sabar untuk melompat ke pokok lain setelah mereka dapati pokok yang diduduki sebelum ini kehabisan buah.

Merujuk kepada mereka yang meninggalkan Pas bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), beliau menyifatkan kumpulan itu seperti “monyet yang tidak sabar tidak setia kepada perjuangan.”

“Ini monyet tidak tahu makna istiqamah. Sebaik sahaja mereka sudah tidak memiliki buah, mereka segera melompat ke pokok lain yang mempunyai buah-buahan.

“Mereka meninggalkan pokok itu tanpa memahami makna istiqamah dan cabaran-cabaran yang dihadapi,” katanya ketika Himpunan Fastaqim di sini, Sabtu.

Kata UstazRiza lagi perhimpunan Pas di Kota Bharu Sabtu lalu juga sebenarnya tidak memberi apa-apa makna apatah lagi dalam usaha untuk menunjukkan kekuatan kepada kumpulan terbabit.

“Seramai mana sekali pun Pas himpunkan ianya sudah tidak memberi makna. Nak tunjukkan apa lagi. Kalau sebelum ini ya betul tindakan mereka itu. Namun hari ini seperti mana yang saya katakan tadi terlambat…sudah terlambat,” ujarnya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment