Monday, October 19, 2015
Terima Saifuddin Umpama Pikul Biawak Hidup… PKR – Pas Makin Berkecamuk!
Kemasukan Datuk Saifuddin Abdullah kedalam PKR hari ini dilihat
sebagai salah satu usaha beliau untuk kekal relevan didalam arena
politik Malaysia. Beliau dilihat bukan orang asing didalam PKR
memandangkan penglibatan awal beliau dalam penubuhan parti ini kira-kira
13 tahun lalu.
Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya beliau muncul untuk
bertanding di kerusi Parlimen Temerloh menerusi tiket Barisan Nasional
pada Pilihanraya Umum yang lalu. Lawan yang ditentang oleh beliau bukan
calang-calang, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, bekas Ketua Dewan Pemuda
PAS Pusat.
Namun demikian, walaupun bertanding di kampung halaman beliau
sendiri, semua itu tidak membantu beliau untuk memenangi kerusi
berkenaan.
Beliau tewas ditangan Nasrudin dengan keputusan majoriti 1,070 undi.
Ini menjadikan usaha beliau untuk kembali kedalam UMNO Pusat menemui
kegagalan dan tertewasnya beliau di Temerloh telah menimbulkan sedikit
rasa kurang senang beeliau terhadap Nasrudin.
Beliau sedar, keputusan pilihanraya berkenaan jelas menyekat kemaraan
beliau didalam UMNO kerana tidak mungkin Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak akan mengizinkan semula beliau bertanding
dikawasan berkenaan dalam usaha beliau merampas semula kerusi Parlimen
berkenaan.
Atas perkiraan politik, beliau memilih untuk menyertai PKR berbanding
PAN kerana ppada perkiraan beliau, PKR mampu menyumbangkan sesuatu
dalam misinya untuk merampas semula kerusi berkenaan dari Nasrudin.
Perkiraan ini nyata tidak menyenangkan PAS apatah lagi Nasrudin
memandangkan PKR sejak akhir-akhir ini begitu beriya-iya mahu PAS
bersekutu dengan mereka.
Saifuddin sudah tentu enggan mengalah andai PAS memintanya untuk
bertanding ditempat lain andai gabungan PAS dan PKR ini berjaya.
Begitu juga dengan Nasrudin yang dilihat kini begitu selesa di
Temerloh. Satu-satunya jalan bagi PKR terutamanya Datuk Seri Anwar
membalas jasa rakan karibnya ini adalah dengan meletakkan beliau di
kerusi bandar.
Apa yang diharapkan Saifudin sebenarnya adalah kembali menguasai
salah satu kerusi Parlimen yang akan ditandingi PKR pada Pilihanraya
Umum yang akan datang.
Beliau telah lama berada didalam UMNO dan pastinya beliau akan
mengolah cerita bagi menggambarkan keburukan UMNO andai diberi peluang
bertanding kelak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment