
Monday, October 19, 2015
Ahli Parlimen Pembangkang Dibidas Terus Berkelakuan Seperti Di Pasar Ikan
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan
Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad menyifatkan ahli parlimen pembangkang
masih lagi gagal berkelakuan profesional dan tidak bersikap matang
dengan tidak menghormati persidangan dewan rakyat yang bermula hari
ini.
Tegasnya, pembangkang cuba membuatkan dewan yang mulia, dewan rakyat
seperti sebuah pasar ikan ataupun seperti sebuah dewan mahkamah di mana
mereka beranggapan Speaker Dewan adalah hakim dan mereka pula peguam
yang mana terdapat bantahan dan hujah.
“Tetapi sebenarnya dewan rakyat ini ibarat sukan bola sepak, Speaker
ibarat pengadil dan ahli dewan sebagai pemain. Undang-undang bola
sepak, jika pengadil sudah katakan keluar padang maka pemain terpaksa
akur. Tidak ada pertikaian.

“Tetapi sayangnya pembangkang menganggap dewan yang mulia ini sebagai
satu tempat permainan dan melambatkan segala perkara. Sebagai contoh,
sidang dewan sebelah pagi tadi berlalu dengan sia-sia dek kerana sikap
pembangkang yang tidak professional,” ujarnya kepada pihak media.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan pembangkang yang membuat
huru-hara di dalam sidang parlimen. Sikap mereka yang mempertikaikan
arahan Speaker telah menyebabkan dua Ahli Parlimen pembangkang iaitu
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind
Singh Deo diarah keluar daripada persidangan dewan rakyat.
Kedua-dua ahli parlimen tersebut diarah meninggalkan dewan oleh
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mempertikaikan
keputusan beliau.
“Inilah sikap pembangkang yang sering bermain retorik palsu dan tidak
menghormati peraturan. Mereka menunjukkan contoh tidak baik bukan
sahaja kepada rakyat, generasi muda malah kepada dunia.
“Percakapan mereka kononnya mahu letakkan sistem yang terbaik dalam
dunia tetapi sikap dan perangai mereka langsung tidak menunjukkan ke
arah itu.
“Jadi bagaimana kita mahu memberikan satu kredibiliti kepada
pembangkang yang cakap lain tapi buat lain. Perangai dan amalan mereka
berbeza dengan apa yang mereka perjuangkan,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment