Monday, October 19, 2015
PasMa Mahu Selangor Tubuh Pakatan Harapan Seperti Pulau Pinang... Macam Tak Sabar Saja Nak Jawatan...??
ALOR SETAR : Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) meminta kerajaan
negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu
seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang.
Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata penubuhan Pakatan Harapan,
membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum
ke-14 (PRU-14).
Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan
kerajaan negeri Selangor untuk terus mentadbir negeri itu kerana
majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai PKR dan DAP.
"Kita perlu wujudkan dengan segera pakatan tersebut sebagai contoh
kepada rakyat ketika pilihan raya nanti," kata Phahrolrazi yang juga
anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor kepada media hari
ini.
Beliau berkata Pakatan Harapan perlu mengukuhkan kedudukan dalam arena
politik negara walaupun PAS enggan menyertai pakatan itu berikutan
kemasukan Amanah.
Pahrolrazi berkata beliau menyerahkan surat rasmi kepada Speaker DUN
Kedah Datuk Md Rozai Safian di Wisma Negeri Kedah hari ini bagi
memaklumkan penyertaannya dalam Amanah.
Beliau yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata ia bagi
memudahkan speaker DUN mengatur kedudukan kerusi tujuh ADUN Pakatan
Harapan pada sidang DUN yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Nov ini.
Ketua pembangkang menurutnya, masih diketuai PAS dengan lapan kerusi DUN
berbanding Pakatan Harapan dengan tujuh kerusi DUN iaitu beliau dari
Amanah, dua DAP dan empat daripada PKR.
Sementara itu, Phahrolrazi berkata ADUN PAS yang berhijrah kepada Amanah
sebelum ini bersepakat agar tidak meletak jawatan sebagai ADUN kerana
mengambil kira pelbagai aspek.
"Kalau di tempat PAS bertanding, PKR dan DAP akan sokong calon PAS disebabkan Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau berkata sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
melihat parti baru serpihan PAS itu kecil, beliau tidak perlu melakukan
pelbagai serangan teruk terhadap parti itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment