
Monday, October 19, 2015
Telco Diberi Tempoh Sehingga 31 Okt Bagi Harga Kad Prabayar Kembali Sebelum GST
KUALA LUMPUR : Syarikat telekomunikasi (telco) diberi tempoh
sehingga 31 Okt ini untuk memastikan harga kad prabayar untuk
penggunaan telefon mudah alih kembali seperti sebelum pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata kerajaan
tidak akan berkompromi dengan telco yang gagal melaksanakan langkah itu
dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya jika mereka masih berdegil.
“Telco perlu menyesuaikan sistem mereka sendiri jika mereka mahu
mengenakan GST, cari cara yang sesuai, caj berdasarkan penggunaan dan
bukan semasa pembelian tambah nilai kerana cara begini tidak memudahkan
pelanggan.
“Saya menjangka mereka dapat memenuhi janji ini sebab kita telah
memberi banyak masa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari
ini.
Katanya kerajaan juga tidak akan menerima alasan daripada pihak
telco bahawa sistem komputer mereka belum bersedia berikutan tempoh yang
lama telah diberikan sejak pelaksanaan GST pada 1 April lepas.
Semalam, Johari berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
akan mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar telefon kembali seperti
asal pada 1 November ini.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan antara JKDM dan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memastikan pengguna
tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kad prabayar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment