
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang terlibat dengan skandal
pembelian rumah banglo mewah, telah diasak oleh banyak pihak supaya
memberikan penjelasan mengenai pembelian tersebut.
Malah, pihak-pihak ini mendesak Guan Eng supaya memberi kerjasama
terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja
Malaysia (PDRM), supaya siasatan dapat dijalankan dengan telus.
Ekoran sering didesak orang ramai, Adun DAP Seri Delima RSN Rayer merayu
agar orang ramai tidak mendesak dan mengecam Guan Eng berhubung
pembelian rumah banglo mewah.
Jelas Rayer, beliau mahu siasatan dijalankan dengan lancar dan berharap
orang ramai dapat bersabar sementara menunggu keputusan siasatan, dengan
tidak membuat serangan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Saya mohon mereka supaya melihat keadaan ini secara objektif dan
sekurang-kurangnya mengizinkan SPRM menjalankan dan menyelesaikan
siasatan," kata Rayer.
Dalam masa sama, beliau juga merayu kepada orang ramai supaya tidak
mendesak Guan Eng untuk mengambil cuti dan berehat sementara siasatan
sedang dijalankan.
Tambah Rayer, desakan supaya Guan Eng mengambil cuti dan berehat itu
satu desakan yang tidak berasas, dan beliau yakin bahawa Guan Eng
'bersih' daripada skandal ini.
"Sebagai seorang ketua menteri, takkan kamu nak beliau tinggal dalam flat dua bilik!" tegasnya.
Inikan yang dinamakan bodoh... Orang tahu Guan Eng seorang Ketua Menteri
dan tidak layak untuk tinggal dalam rumah flat dua bilik... Tapi yang
menjadi persoalan sekarang, adalah harga rumah yang dibeli Guan Eng!!.
Biarlah Guan Eng nak buat rumah 10 bilik atau lebih... tapi harga yang
dibeli perlu laa mengikut harga pasaran... Ini beli jauh dari harga
pasaran.. Untung betul insan yang bernama Guan Eng... Kereta mewah beli
dengan harga rendah, banglo pun dapat beli dengan harga rendah... Gila
aargh!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment