
Hairan dan pelik betul dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
ni.... Asal ada masalah je mesti nak petik nama pemimpin-pemimpin Pas...
Apa yang benci sangat dengan Pas pun tak tahu laa.
Anda semua pun tentu tahukan yang Guan Eng kini terlibat dengan skandal pembelian
rumah banglo mewah yang di beli jauh dari harga pasaran... Dah terlibat
tu apa lagi, orang ramai pun mula mendesak Guan Eng ambil cuti dan
berehat bagi memberi laluan kepada pihak SPRM melakukan siasatan
terperinci.
Orang desak Guan Eng ambil cuti bukan apa... Masa pemimpin kerajaan
terlibat dengan skandal-skandal yang didedahkan, pemimpin pembangkang
bukan main lantang lagi mendesak pemimpin kerajaan untuk ambil cuti dan
berehat sementara siasatan dilakukan.
Bila kena kat batang hidung sendiri, pandai pula kata suruh ambil cuti
tu benda mengarut bagai... Yang tak tahan tu, boleh pula Guan Eng petik
nama pemimpin Pas yang dah meninggal dunia sebagai contoh.
Menurut Guan Eng, beliau tak perlu ambil cuti untuk memberi laluan
siasatan dilakukan, kerana masa Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat
terpalit dengan skandal tajaan haji pada 2009, arwah tidak pula didesak
untuk ambil cuti.
"Tiada pula yang paksa Nik Aziz supaya bercuti. Beliau tidak punyai
kawalan atau kuasa keatas SPRM dan dakwaan itu tidak berasas," kata Guan
Eng.
Dalam banyak-banyak nama, nama Arwah Nik Aziz juga yang Guan Eng nak
petik... Dah takda nama orang lain ke Guan Eng nak petik... Nampak
sangat kurang ajar disitu.
Banyak lagi kot nama pemimpin yang masih hidup boleh dipetik Guan Eng...
Guan Eng sengaja petik nama orang yang dah takda, nak buruk-burukkan
nama orang yang dah lama pergi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment