Wednesday, March 23, 2016

Baling Telur Bukti Ahli Hilang Kepercayaan Kepada Pemimpin DAP

TEMERLOH : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata kejadian beberapa individu (yang dipercayai ahli Dap) membaling telur kepada pemimpin Dap termasuk Lim Kit Siang pada sesi ceramah kedai kopi di Jerantut baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa ahli parti itu sudah semakin hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka.

Jelas beliau, ini mungkin kerana kepimpinan Dap semakin angkuh dan hanya memperjuangkan kelompok tertentu dalam parti tersebut menyebabkan ahli mereka sanggup melakukan tindakan melempar telur.
bendera dap 
Malah beliau seterusnya juga percaya tindakan melempar telur itu ada juga kaitannya dengan tindakan kepimpinan Dap yang menjalinkan kerjasama  dan bersekongkol dengan Tun Mahathir sedangkan selama ini Tun Mahathir sentiasa dicerca dan digelar dengan pelbagai gelaran oleh parti berkenaan.

“Kit Siang sendiri, sepanjang dia berpolitik, Tun Mahathir adalah musuhnya. Kini, demi mencapai agenda peribadi dia sanggup untuk sepentas dengan Tun Mahathir. Kalau saya sebagai ahli Dap, saya juga akan marah kerana ia telah lari daripada perjuangan sebenar Dap.

“Oleh itu saya harap ahli Dap akan terus bangkit dan mendesak agar siapa yang menyertai deklarasi rakyat dikenakan tindakan.. sama seperti UMNO yang mengenakan tindakan terhadap ahli mereka yang terlibat dalam deklarasi tersebut,” ujarnya kepada media.

Tambah Sharkar, tindakan memperguna dan dipergunakan oleh musuh sendiri walaupun mempunyai matlamat yang sama seharusnya dikekang kerana adalah sesuatu yang tidak beretika sekaligus melanggar etika perjuangan parti baik parti apa pun.

“Tetapi kita tahu, bagi pembangkang mereka akan menghalalkan segala cara walaupun ia salah asalkan apa yang mereka mahu tercapai.

“Bagi mereka suara ahli tidak penting kerana apa yang penting adalah dapat menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan UMNO.

“Jadi, ahli Dap kini harus sedar siapa dan bagaimanakah rupa sebenar pemimpin mereka,” katanya lagi.

Mengikut laporan media Pengerusi Dap Pahang Leong Ngah Ngah dibaling dengan telur ketika berlangsung forum politik di Jerantut.

Leong yang berada bersama penasihat parti Lim Kit Siang tiba-tiba diserang oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati terhadapnya ketika ceramah kedua di sebuah kedai kopi.

Kekecohan tercetus dan Leong berkali-kali menjerit sebelum dibaling telur serta dipukul di dada pada kejadian pagi Isnin.

Mereka turut menunjukkan rasa tidak puas hati dengan meruntuhkan papan tanda pusat perkhidmatan Dap Jerantut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment