Wednesday, March 23, 2016

Banglo Ada Hantu - Guan Eng Akan Jemput Wartawan Jadi Saksi??

Kecoh didalam media sosial mengenai punca sebenar Rumah Banglo Mewah Ketua Menteri P.Pinang dijual dengan harga yang sangat murah. Menurut seorang warga tempatan didalam laman sosial Facebook, rumah Banglo berkenaan sebenarnya BERHANTU!!!

Katanya, rumah Banglo Mewah berkenaan tidak ada orang yang mahu beli kerana sebelum ini terdapat kes bunuh diri didalamnya.

"Mrs Phang mahu jual rumah itu lepas dapat tahu ada hantu orang bunuh diri dalam rumah itu, Orang Penang semua tahu, tapi Mrs Phang orang luar tak tahu. Orang Penang tak mahu beli rumah itu sebab tau ada hantu kacau. Sebab itu Mrs Phang kena jual rumah itu harga murah. Harga lelong.." tulis individu berkenaan.

Ini bermakna, Guan Eng bukan sahaja seorang yang sangat bijaksana apabila membeli Banglo berkenaan dengan harga murah, tetapi Guan Eng juga merupakan seorang Ketua Menteri yang tidak takutkan HANTU.

Jika sebelum ini Guan Eng telah menjemput wartawan media untuk melihat sendiri kawasan banglonya pada waktu siang, ada khabar mengatakan Guan Eng sekali lagi akan menjemput media untuk merasai sendiri pengalaman melihat hantu di banglonya pada waktu malam.

Dan jika benar khabar angin berkenaan, Guan Eng merupakan Ketua Menteri pertama didalam dunia yang sangat hebat apabila mampu bersama wartawan menjelajah dunia hantu di kediaman sendiri.

Orang P.Pinang seharusnya berbangga kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang sangat pemberani dan langsung tak takutkan apa-apa. Jika hantu pun Guan Eng tak takut, apatah lagi pula untuk takutkan agensi kerajaan seperti SPRM.

Sebab itulah Guan Eng sekarang berada di Hainan China. Bukan kerana beliau takut pada siasatan SPRM, tetapi Guan Eng mungkin mahu mencari tangkal yang ampuh bagi menjinakkan pegawai-pegawai pencegah rasuah yang bakal "menghantui" hidupnya selepas ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment