EDITOR MENULIS...
23 MAC 2016

Pada 1 dan 2 April ini, sempena genap setahun pelaksanaan GST
pembangkang telah merancang untuk mengadakan demonstrasi dan flashmob
secara besar-besaran untuk meminta Dato’ Seri Najib berundur dan
kerajaan menghapuskan GST.
Mereka melabelkan demonstrasi ini sebagai gerakan untuk
‘Menyelamatkan Malaysia’. Slogan pembangkang untuk ‘Menyelamatkan
Malaysia’ telah diguna berulang kali sejak lebih sepuluh tahun yang lalu
dengan tuduhan bahawa negara akan bankrap dan hancur.
Hakikatnya, negara tidak juga bankrap dan rakyat tidak juga kebulur
walaupun tuduhan mereka telah diulang selama lebih 10 tahun. Angka dan
fakta menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia kekal berkembang pada kadar
4.5 – 6% setiap tahun. Bukti bahawa walaupun Malaysia berhadapan tekanan
ekonomi dunia yang lembab dan penyusutan nilai ringgit, pengurusan
ekonomi Malaysia masih lagi baik sehingga mampu mencatatkan perkembangan
positif.
Kali
ini mereka kembali lagi dengan slogan yang sama yang diulang setiap
tahun. Ini adalah bukti bahawa ianya cuma retorik pembangkang yang
dijadikan alasan untuk mereka mengajak rakyat menyertai rutin tahunan
mereka – demonstrasi jalanan.
Jika mereka ikhlas mahu menyelamatkan Malaysia, maka desakan untuk
menghapuskan GST tidak akan dijadikan agenda. Kerana GST telah terbukti
sebagai penyelamat negara apabila negara kekurangan hasil akibat
kejatuhan harga minyak dunia sehingga mencecah paras serendah USD30
setong.
Kerajaan mampu untuk meneruskan projek pembangunan rakyat dan agenda
transformasi ekonomi dengan adanya wang hasil kutipan GST. Adakah dengan
menghapuskan ‘penyelamat’ boleh menyelamatkan Malaysia?
Jika benar bahawa dengan menghapuskan GST boleh menyelamatkan negara,
maka apakah cadangan alternatif mereka untuk menampung kekurangan hasil
negara akibat kejatuhan harga minyak ini?
Mereka masih belum mampu untuk mencadangkan alternatif lain yang
lebih baik dari GST dari segi jumlah hasil yang mampu diperolehi,
mekanisma cukai yang progresif, ketelusan sistem dan kestabilan sumber.
Rakyat perlu faham bahawa menghapuskan GST bukan satu langkah untuk
menyelamatkan Malaysia tetapi sebenarnya langkah untuk menghancurkan
Malaysia.
Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab
dan tidak membuat keputusan berdasarkan populariti politik semata-mata.
Walaupun jika GST dihapuskan ianya akan menggembirakan rakyat, tetapi
pada masa yang sama ianya juga akan merosakkan masa hadapan negara.
Fikir-fikirkanlah bersama...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment