Wednesday, March 23, 2016

Lawak Khamis : Kempen Selamatkan Vape Lebih Laku Dari Selamatkan Malaysia !!!

EDITOR MENULIS...
23 MAC 2016
IMG-20160324-WA0015
Kempen petisyen online Selamatkan Malaysia (Save Malaysia) yang dilancar kumpulan penyokong Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang,  dikesan mengumpulkan sebanyak 46 ribu ‘tandatangan’ apabila ditutup baru-baru ini.

Ini adalah petisyen atas talian, dimana ada banyak cara untuk sesiapa ‘menandatangani’ lebih dari 1 kali – pun hanya dapat 46,000 sahaja.

Dalam masa yang sama, ada satu lagi petisyen tapi bermatlamat untuk Selamatkan Vape (Save Vape), mendapat 49 ribu ‘tandatangan’ – lebih 3000 dari petisyen Selamatkan Malaysia!! Macam mana tu? Kempen selamatkan benda yang  mengkhayalkan lagi membazirkan duit, lebih besar sokongannya dari kempen nak selamatkan negara.

Adakah itu bermakna rakyat Malaysia tidak patriotik? Tidak, ia tidak ada kena mengena dengan patriotik sama sekali.  Ini adalah tentang siapa yang lancar dan untuk apa kempen seumpama itu dilancarkan, serta sejauh mana ia menjejaskan kehidupan mereka.

Terbukti kini, matlamat mengadakan kempen itu tidak berjaya sama sekali walaupun dengan pelbagai cara yang boleh diguna untuk menambah bilangan itu supaya nampak gah dari yang sepatutnya.

Menunjukkan rakyat Malaysia tidak langsung memberikan perhatian kepada petisyen seumpama ini.  Boleh buat, boleh bangga sesama sendiri tapi kesan yang lebih besarnya apa? Kalau dimasukkan fakta betapa kempen online seperti ini sangat mudah untuk dimanipulasi, intergritinya hancur sama sekali.

Tapi kalau dah terdesak, macam macam cara boleh buat untuk menunjukkan konon ada sokongan. Siapa yang waras tidak akan buang masa dengan perkara-perkara tak berfaedah macam ini.

Disediakan oleh : 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3eaxq7E0OQoeKQ9-MOGfkTMghqwdhqZ5qYw9tv0vjm0S0mEwZ_HegI-FMxNZMzg8CSIAmrZn-OAO4ts0erhf54nOFJf55xqq6a4hhIboXyBYiwCIXG_H5YOqqeV2HnhA5ihUdSOXbT9Y/s320/Acoy+Posterize+2.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment