Wednesday, March 23, 2016

Dua Letupan Berlaku Di Lapangan Terbang Brussels Dua Letupan Berlaku Di Lapangan Terbang Brussels

BRUSSELS : Beberapa orang dilaporkan cedera manakala ratusan lagi dipercayai terperangkap selepas berlaku dua letupan di Lapangan Terbang Brussels pada Selasa.

Saksi memberitahu, letupan itu dipercayai berlaku berhampiran meja daftar masuk bagi pesawat American Airlines pada pukul 8 pagi.

Gambar yang dirakam orang ramai mendapati asap letupan turut kelihatan dari luar lapangan terbang berkenaan.

Selain itu, video yang sempat dirakam penumpang lain turut kelihatan orang ramai sedang lari keluar dari lapangan terbang berkenaan.

Daily Mail Online melaporkan, letupan itu berlaku selepas seminggu pihak berkuasa menahan suspek utama insiden letupan Paris di ibu negara Belgium tersebut iaitu Salah Abdeslam.

Menteri Dalam Negeri Belgium, Jan Jambon berkata, negara tersebut telah meningkatkan kawalan keselamatan kerana bimbang berlaku usaha membalas dendam berikutan penahanan suspek letupan di Paris pada Jumaat lalu.

"Brussels masih dalam keadaan berjaga-jaga selepas menahan suspek yang menjadi individu paling dikehendaki di Eropah," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment