Wednesday, March 23, 2016

Gambar Berkuasanya Kerajaan DAP Semakin Teruk.... Merobohkan Lagi

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) hari ni telah bertindak merobohkan berberapa premis tepi laut di Bayu Senja Batu Feringghi, belakang Condominium By The Sea.

Chalet Wave Runner yang dimiliki oleh Hj Ismail Din & Rosli Bakar dan 4 lagi pengusaha sukan air dirobohkan. Perobohan adalah atas alasan chalet dan perniagaan-perniagaan di situ tidak mempunyai lesen perniagaan dan pembinaan bangunan tersebut juga adalah secara haram. Pengusaha terkejut kerana tidak dimaklumkan atau diberi notis sebelum mereka merobohkan premis.

Orang melayu semakin susah untuk mencari rezeki di negeri sendiri atas ketegasan pihak MBPP, sedangkan banyak lagi premis bukan milik Melayu dibiarkan beroperasi, padahal status mereka juga meragukan dan haram.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment