“Mengapa Lim mempunyai keistimewaan untuk membeli rumah banglo dengan
nilai hanya RM276 sekaki persegi di sebuah kawasan yang eksklusif dan
rakyat Pulau Pinang perlu membayar dengan nilai yang lebih tinggi untuk
memiliki rumah pangsa atau apartmen.
“Saya mahu kerajaan negeri memberikan pertimbangan yang serius kepada
cadangan ini yang mampu membantu penduduk Pulau Pinang memiliki rumah
sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Loo berkata rumah mampu milik di negeri ini bernilai RM400,000 ke atas
tetapi jika mengikut pengiraan RM276 sekaki persegi, kesemua rumah mampu
milik itu bernilai tidak lebih RM300,000 seunit.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment