Sudahlah Madey... Najib sebagai PM sentiasa COOL dalam banyak perkara
dan tidak pernah melatah apa jua perkara.Sanggup Madey buat apa saja
untuk mengelakkan dimalukan. Sedar lah sikit.... dekatkan pada
Ilahi.Banyakkan Amal Ibadat sikit.
KUALA LUMPUR : Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menuntut ganti rugi
teladan bersabit isu derma RM2.6 bilion disifatkan sebagai meraih
publisiti murahan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed kemudiannya
mempersoalkan 'locus standi' Mahathir untuk berbuat demikian berikutan
isu derma itu langsung tiada kaitan dengan dirinya.
Malah, Nur Jazlan turut beranggapan bekas perdana menteri itu sengaja
berbuat demikian untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Najib.
"Apa yang beliau (Mahathir) lakukan ini sebagai gimik politik, hendak dapatkan publisiti sahaja.
"Kalau dalam sistem mahkamah pun, beliau tiada 'locus standii' kerana
jumlah RM2.6 bilion bukan berkenaan dengan beliau," katanya ketika
ditemui pemberita di Lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli Parlimen Pulai itu juga menegaskan sama ada atas nama bekas perdana
menteri atau rakyat sekalipun, Mahathir tidak ada keperluan untuk
menyaman Najib.
Terdahulu, Mahathir pada hari ini memfailkan saman terhadap Najib atas
sebab kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku 'tort misfeasance'
dalam jawatan awam.
Selain Mahathir, plantif yang lain adalah bekas ahli Wanita Umno
Langkawi, Anina Saadudin dan bekas Naib Ketia Umno Bahagian Batu Kawan,
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Tuntutan saman ganti rugi teladan sebagai RM2.6 bilion, manakala ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.
Ketiga-tiga invidu ini adalah antara yang bersetuju dan menandatangani
Deklarasi Rakyat untuk mendesak Najib berundur sebagai Perdana Menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment