
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru kepada seluruh umat
Islam di negara ini supaya sentiasa menjaga adab dan bertatasusila
ketika berhadapan atau berurusan dengan orang lain. Adalah wajar bagi
mereka untuk belajar cara mengghormati orang lain dan bersopan santun.
Tegas DS Najib lagi, tidak salah sekiranya rakyat mahupun pemimpin di
negara ini mahu menyuarakan sebarang pendapat. Akan tetapi ia harus
dilakukan dengan cara beradap dan berlapang dada. Malah dinasihatkan
juga untuk menangani sebarang perbezaan pendapat dengan cara yang lebih
professional.
“Dalam erti kata lain, Islam membenarkan kita berbeza pendapat,
menyuarakan pandangan dan juga bantahan, tetapi harus ada adabnya serta
mesti konsisten, khususnya dalam perkara sesama Islam,” jelas beliau
sewaktu berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Kali Ke-59 di Perbadanan Putrajaya.
Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Rakyat kita
sekarang ini dilihat terlalu ambil serius terhadap isu-isu atau
perkara-perkara kecil. Malah mereka juga dilihat terlalu taksub
mengagungkan pemimpin, sehingga mendorong kepada sesetengah kumpulan itu
bermusuhan.
“Ia, sekaligus mendorong kepada permusuhan, kebencian dan menaruh
prasangka serta label yang tidak sepatutnya daripada seorang muslim
kepada saudara muslim yang lain,” ujarnya.
Dalam Islam tidak pernah mengajar kita untuk memuja pemimpin, tidak
pernah menyuruh kita menyokong pemimpin secara membabi buta sahaja. Akan
tetapi Islam mengajar kita supaya mencapai sesuatu perkara itu dengan
cara dan jalan yang betul serta diredhai.
“Misalnya, kalau kita mempunyai sesuatu objektif atau tujuan yang baik,
tetapi kalau kita bersekongkol, bersubahat dengan orang yang anti Islam,
tak senang dengan Islam, maknanya ada yang tidak betul dan ditegah oleh
agama. Hal ini kerana, kesudahannya akan menghancurkan Islam itu
sendiri,” kata beliau lagi.
Bukan suatu perkara yang murni sekiranya kita bersubahat dengan golongan
yang benci akan agama lain. Malah niat mahu menjatuhkan seseorang itu
juga dilarang dalam Islam. begitukah dipanggil satu perjuangan yang
suci dan dituntut dalam Islam??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment