Wednesday, March 23, 2016

Islam Benarkan Kita Berbeza Pendapat, Tetapi Harus Ada Adabnya - Datuk Seri Najib Razak

http://iheu.org/newsite/wp-content/uploads/2014/05/najib-malaysia.jpg
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru kepada seluruh umat Islam di negara ini supaya sentiasa menjaga adab dan bertatasusila ketika berhadapan atau berurusan dengan orang lain. Adalah wajar bagi mereka untuk belajar cara mengghormati orang lain dan bersopan santun.

Tegas DS Najib lagi, tidak salah sekiranya rakyat mahupun pemimpin di negara ini mahu menyuarakan sebarang pendapat. Akan tetapi ia harus dilakukan dengan cara beradap dan berlapang dada. Malah dinasihatkan juga untuk menangani sebarang perbezaan pendapat dengan cara yang lebih professional.

“Dalam erti kata lain, Islam membenarkan kita berbeza pendapat, menyuarakan pandangan dan juga bantahan, tetapi harus ada adabnya serta mesti konsisten, khususnya dalam perkara sesama Islam,” jelas beliau sewaktu berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-59 di Perbadanan Putrajaya.

Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Rakyat kita sekarang ini dilihat terlalu ambil serius terhadap isu-isu atau perkara-perkara kecil. Malah mereka juga dilihat terlalu taksub mengagungkan pemimpin, sehingga mendorong kepada sesetengah kumpulan itu bermusuhan.

“Ia, sekaligus mendorong kepada permusuhan, kebencian dan menaruh prasangka serta label yang tidak sepatutnya daripada seorang muslim kepada saudara muslim yang lain,” ujarnya.

Dalam Islam tidak pernah mengajar kita untuk memuja pemimpin, tidak pernah menyuruh kita menyokong pemimpin secara membabi buta sahaja. Akan tetapi Islam mengajar kita supaya mencapai sesuatu perkara itu dengan cara dan jalan yang betul serta diredhai.

“Misalnya, kalau kita mempunyai sesuatu objektif atau tujuan yang baik, tetapi kalau kita bersekongkol, bersubahat dengan orang yang anti Islam, tak senang dengan Islam, maknanya ada yang tidak betul dan ditegah oleh agama. Hal ini kerana, kesudahannya akan menghancurkan Islam itu sendiri,” kata beliau lagi.

Bukan suatu perkara yang murni sekiranya kita bersubahat dengan golongan yang benci akan agama lain. Malah niat mahu menjatuhkan seseorang itu juga dilarang dalam Islam. begitukah dipanggil satu perjuangan yang suci dan dituntut dalam Islam??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment