Wednesday, March 23, 2016
Isu Guan Eng : BNBBC Gesa Jabatan Audit Siasat Penjualan Tanah Taman Manggis
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri
Shahrir Abdul Samad menyifatkan isu sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang
Lim Guan Eng adalah penjualan tanah untuk membina perumahan rakyat
termiskin (PPRT).
Beliau dengan nada kecewanya menggesa Jabatan Audit Negara segera
menyiasat isu penjualan tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis Pulau
Pinang yang sepatutnya dibina untuk disewa kepada rakyat termiskin.
Menurut beliau, proses tender itu boleh diketahui sejauhmana telus atau
tidak mestilah melalui proses siasatan khusus oleh pihak Jabatan Audit
kemudian membuat laporan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC).
Ahli Parlimen Johor Bahru itu menjelaskan bahawa rentetan perjalanan isu
tersebut akan lebih terserlah dan menarik setelah Jabatan Audit Negara
membuat suasatan penuh perkara tersebut, ketika ditemui di Parlimen,
petang Isnin.
“Mungkin ada cerita yang menarik disebaliknya...”, kata Shahrir.
Shahrir melahirkan rasa kesal serta menjadi tanda tanya mengapa tanah
yang sepatutnya dibina rumah untuk rakyat termiskin itu boleh terjual.
“Bagaimana rakyat termiskin ini hendak menyuarakan pandangan dan harapan
mereka, sudah tentulah melalui saluran politik serta Parlimen,”
katanya.
Beliau merasa teramat ralat kerana tapak tanah yang sepatutnya didirikan
perumahan rakyat termiskin hilang begitu sahaja kepada sebuah syarikat
yang difikirkan mampu untuk mencari tanah ditempat lain.
Katanya, “patut diutamakan adalah mereka yang memerlukan pembelaan,
golongan bawahan, berpendapatan rendah dan rakyat termiskin, bukannya
untuk syarikat yang kaya.”
Menurut beliau isu sebenarnya adalah kepentingan rakyat termiskin
diketepikan semata-mata untuk memenuhi kehendak kapitalis atau taukeh
dengan cadangan pembinaan sebuah hospital dan kemudiannya ditukar pada
pembangunan mewah.
Shahrir juga menyifatkan rakyat termiskin telah dizalimi dan teraniaya
kerana tanah tersebut patut terbina rumah PPRT yang dianggarkan sebanyak
270 unit dengan kadar sewaan RM100 sebulan telah dinafikan haknya
kerana kerakusan pihak kapitalis.
Apa yang lebih dikesali, kata Shahrir, tujuan tanah itu sememangnya dalam pengetahuam kerajaan negeri dan Ketua Menteri itu.
“Tetapi pilihan Guan Eng mengenepikan harapan hasrat rakyat termiskin
dengan menjualkan tanah tersebut kepada pihak kapitalis untuk
pembangunan komersial.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment