KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertindak menarik balik
saman terhadap Senator Datuk S. Nallakaruppan selepas menuduh Ketua Umum
PKR itu, menerima sejumlah RM60 juta daripada sebuah syarikat
perjudian.
Keputusan itu diambil selepas Nallakarupan membuat pengakuan pada awal
pagi tadi bahawa kenyataan beliau yang dibuat pada Pilihanraya Kecil
(PRK) Permatang Pauh pada 2008 adalah tidak benar dan diputarbelitkan
oleh media.
"Berdasarkan keterangan yang dikemukakan Datuk Seri Nallakaruppan pagi
ini yang menjelaskan bahawa ucapan beliau pada Pilihanraya Kecil
Permatang Pauh pada 2008 tidak dilaporkan oleh media dengan benar dan
diputar-belitkan oleh media.
"Juga mengambil kira penafian defenden diantara lain berkenaan tuduhan
pengkhianatan negara oleh plantif (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dibuat
dalam afidavit dua Musa Hassan bertarikh 2 September 1998 plantif
berpuas hati untuk menarik balik tindakan sivil ini secara muktamad,"
menurut kenyataan Anwar yang dibacakan oleh peguamnya Lateefa Koya.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.
Awal pagi tadi, Nalla membuat pengakuan di hadapan hakim bahawa kenyataan beliau diputarbelitkan oleh media.
Bekas ahli PKR itu sebelum ini mendakwa bekas Ahli Parlimen Permatang
Pauh ada menerima wang berjumlah RM60 juta daripada orang tengah dan
perkara itu pernah dinafikan Anwar sebelum ini.
Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Nalla yang mendakwa
memberi wang itu ketika beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan
Perdana Menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment