
GEORGE TOWN : Naib Pengerusi Gerakan Tanjong H’ng Khoon Leng mahu
kerajaan Pulau Pinang menjelaskan sebab sebidang tanah seluas 1.1 ekar
di Taman Manggis ditukarkan daripada kemudahan untuk kesihatan kepada
kebanyakannya buat kegunaan hotel serta suite perkhidmatan.
Tujuh puluh peratus daripada Taman Manggis yang terletak di persimpangan
Jalan Burma dan Jalan Zainal Abidin di sini, kini akan dibangunkan
untuk hotel dan suite perkhidmatan manakala 30 peratus lagi untuk
kemudahan kesihatan.
Katanya, kegunaan tanah itu diubah selepas ia dijual kepada Kuala Lumpur
International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd melalui tender terbuka pada
2011.
“Ini jelas memberi kelebihan komersial kepada syarikat itu kerana tanah
berkenaan ini bernilai lebih mahal,” kata H’ng kepada pemberita selepas
beliau dan beberapa pemimpin Barisan Nasional membuat laporan polis
mengenai perkara itu di ibu pejabat polis Bandaraya George Town di sini.
Katanya nilai tanah mahal itu membolehkan pemiliknya membina sebuah
hotel di tapak berkenaan, sambil menambah penukaran kegunaan tanah itu
adalah “luar biasa dan memeranjatkan.”
“Ia umpama memenangi kereta Proton Saga kemudian diubahkan menjadi
Mercedes-Benz. Adakah ini adil kepada rakyat Pulau Pinang?” beliau
bertanya.
Katanya, urus niaga tanah itu merugikan rakyat Pulau Pinang, terutama
mereka yang miskin bandar yang kini hilang peluang memiliki kediaman kos
rendah di bandar raya.
Dalam laporan mereka, H’ng dan lain-lain mendakwa terdapat elemen
penipuan dalam urus niaga Taman Manggis dan menggesa polis supaya
menjalankan siasatan menyuluruh terhadap isu itu.
H'ng juga melampirkan surat dialamatkan kepada pemilik tanah dari
Pejabat Tanah Daerah Timur Laut bertarikh Disember 7, 2011, yang
menguatkuasakan penukaran penggunaan tanah.
Asalnya, Taman Manggis bertujuan digunakan untuk kediaman kos rendah dengan fasa pertama sepatutnya siap pada 2005.
Bagaimanapun, kerajaan negeri dipimpin DAP mendakwa tanah berlebihan,
seluas 0.4 hektar terlalu kecil untuk unit kos rendah lalu menjualnya
kepaa KLIDC.
KLIDC membeli tapak itu dengan harga RM232 kaki persegi atau RM11.5 juta
ketika Barisan Nasional bersedia untuk membelinya dengan harga RM22.4
juta bagi membina rumah kos rendah untuk penduduk miskin bandar.
“Syarikat KL itu mendapat tapak berkenaan walaupun tawarannya hampir RM10 juta lebih murah daripada harga BN,” kata H’ng.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment