Wednesday, March 23, 2016
Korea Utara Tingkat Kuasa Roket Balistik
SEOUL : Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mendakwa berjaya menguji
enjin roket bahan api pepejal yang meningkatkan kuasa roket balistik
negara itu, lapor agensi berita rasmi Korea Utara, hari ini.
Jika laporan ini benar bermakna Korea Utara
sedang pesat meneruskan program peluru berpandu balistik antara benua
(ICBM), sekali gus melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) yang mengharamkan aktiviti berkenaan.
“Beliau (Kim) gembira ujian itu berjaya membantu meningkatkan kuasa
roket balistik yang mampu memusnahkan anasir keganasan luar,” lapor
agensi berita KCNA.
Walaupun berbangga dengan kemajuan itu, ramai pakar percaya Korea Utara masih jauh ketinggalan dalam membina ICBM yang mampu mengancam Amerika Syarikat.
Minggu lalu, Korea Utara
melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak sederhana ke dalam laut
yang melanggar sekatan paling ketat pernah dikenakan PBB dan AS
berikutan ujian nuklear dan roket awal tahun ini.
Korea Utara turut melancarkan roket jarak dekat ke laut pada Isnin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment