Wednesday, March 23, 2016

MEMALUKAN!! Kit Siang Kena Baling Telur Di Pahang

http://babab.net/img/kesian-kit-siang-ahli-dap-sendiri-baling-telur-kepadanya-di-jerantut-sampai-terpaksa-lari-ikut-pintu-belakang.jpg
Kemunculan kelibat Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah di daerah Jerantut, Pahang dua hari lepas disambut dengan balingan telur oleh sebahagian ahli DAP. Bukan itu sahaja, malah mereka bertindak mencabut papan tanda Pusat Khidmat Rakyat DAP Parlimen Jerantut.

Tindakan tersebut dipercayai atas sebab protes ahli-ahli akar umbi terhadap Ngah Ngah. Menurut Setiausaha Parlimen DAP Jerantut, Hussein Chou Abdullah, kekecohan tersebut tercetus akibat dari rasa tidak berpuas hati ahli akar umbi atas layanan penetapan calon pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) yang lalu.

“Kami tak puas hati kerana ketika itu (PRU 13), Ngah Ngah tak beri perhatian dan keutamaan kepada calon pilihan kami, Koh Boon Heng.

“Mereka (pimpinan DAP) sebaliknya meletakkan calon PKR sebagai mewakili kerusi Dun Damak, justeru kami berpakat untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Ngah Ngah yang datang bersama Kit Siang dalam satu siri jelajah ke sini, hari ini (semalam),” katanya.

Ahli akar umbi DAP yang mengamuk itu mendakwa mereka kecewa kerana calon pilihan mereka tidak dipilih untuk bertanding bagi mewakili kerusi Dun Damak, memandangkan Koh Bong Heng banyak berjasa kepada masyarakat di situ.

Akan tetapi sebaliknya yang berlaku apabila DAP meletakkan calon yang tidak pernah melakukan sebarang kerja dan usaha kepada mereka. Memandangkan pada ketika itu Bong Heng adalah merupakan Naib Pengerusi DAP Pahang selain sebagai Pengarah Pilihan raya negeri, jadi bagi mereka memang  layak dia dipilih.

“Kami kecewa kerana DAP pilih untuk letakkan calon lain sedangkan Cikgu Koh (Boon Heng) telah lama memberikan khidmat kepada masyarakat Dun Damak.

“Cikgu Koh mula beri khidmat pada 2009 sehingga PRU 13, namun sebaliknya mereka meletakkan calon yang tidak melakukan sebarang usaha,” katanya.

Mujurlah Kit Siang dan Ngah Ngah hanya dicerca dan dimaki hamun mulut sahaja, kena baling telur pun nasib la tak kena betul muka. Hahaha! Kalau tidak ke eshhhhh, busuk kepala tu jadi sama busuk dengan hati Kit Siang tu...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment