
Wednesday, March 23, 2016
Pemuda Pulau Pinang Mahu Polis Siasat Kenyataan Akuan Bersumpah Phang
GEORGE TOWN : Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membuat
laporan polis berhubung kandungan akuan berkanun Phang Li Koon, yang
didakwa mempunyai maklumat kurang tepat.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO negeri Ifan Zaini Md Tahar berkata
antara maklumat terkandung dalam akuan bersumpah yang diikrarkan Phang
ialah “I have no business dealings with the state government”.
“Saya mengesyaki apa yang telah diikrarkan beliau adalah tidak tepat
dan memohon agar pihak polis menyiasat perkara ini,” katanya kepada
pemberita selepas membuat laporan di balai polis Jalan Patani, di sini
hari ini.

Phang yang merupakan pemilik banglo di Jalan Pinhorn di sini yang
dijual kepada Lim dengan harga RM2.8 juta, membuat akuan berkanun itu
semalam selepas isu penjualan banglo miliknya itu mendapat liputan
meluas di media massa kerana dikatakan dijual di bawah nilai harga
pasaran.
Akuan berkanun itu dibaca oleh anggota Exco negeri Phee Boon Poh,
yang mempunyai hubungan sebagai saudara jauh dengan Phang dan penasihat
kepada Persatuan Phang, pada Selasa.
Dalam akuan itu, Phang juga mengatakan beliau tidak memperoleh
sebarang manfaat daripada kerajaan negeri kerana menjual banglo di Jalan
Pinhorn di sini kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan harga RM2.8
juta.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment