Thursday, March 24, 2016
Reputasi Mahathir Musnah Kerana Tindakan Sendiri
KUALA LUMPUR : Perbalahan dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak kini memberi impak besar
kepada mantan Perdana Menteri itu sendiri.
Sebelum ini, Dr Mahathir mempunyai tiga pilihan pejabat di syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) iaitu di Yayasan Kepimpinan Perdana di
Putrajaya, di Proton dan di Menara Berkembar Petronas.
Namun kini, beliau hanya diberi mandat untuk kekal memberi nasihat di
dua pejabat selepas jawatannya sebagai Penasihat Petronas digugurkan
minggu lalu.
Sesetengah pihak menganggap Dr Mahathir masih boleh menarik nafas
lega ekoran beliau masih mempunyai 2 lagi jawatan dalam GLC namun
hakikatnya, Petronas merupakan ‘anak emas’ Dr Mahathir tambahan lagi
menara berkembar dimana terletaknya pejabat beliau itu merupakan idea
beliau sendiri.
Nyata pemecatannya itu memberi tamparan hebat kepada diri beliau.
Hal ini tidak lain disebabkan oleh tindakan bekas Perdana Menteri
selama 22 tahun itu mencetuskan Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan
Najib secara tidak sah.
Dr Mahathir mungkin tidak menjangkakan Najib akan bertindak ke
atasnya ekoran beliau terlalu berasa selesa selepas kritikan pedas
dilakukannya selama ini tidak pernah dikenakan sebarang tindakan.
Kini tidak lagi. Genap seminggu Dr Mahathir mencetuskan Deklarasi
Rakyat bersama pakatan pembangkang, beliau dihalau dari Petronas.
The Star dalam pada itu melaporkan, Deklarasi Rakyat Tun M ini tidak
mendapat sambutan tinggi samaada dalam kalangan Melayu ataupun Cina.
Ini kerana gabungan tersebut menggandingkan antara Tun M dan Lim Kit
Siang yang dianggap oleh penyokong kedua-dua bahagian sebagai musuh
selama-lamanya.
Pasukan Melayu tidak sukakan Kit Siang yang disifatkan komunis dan
masyarkat Cina tidak menyokong Tun M kerana masih teringatkan
pemerintahan kuku besi sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.
Tambahan lagi, satu lagi pecahan Melayu, PAS, tidak ingin mencampuri
hal antara Dr Mahathir dan Kit Siang dengan alasan – Islam tidak
mengajar umatnya menggulingkan pemimpin.
Mungkin disebabkan hal ini, Deklarasi Rakyat hanya mendapat 25,000 penandatangan atas talian.
Pemimpin DAP Selangor juga mendedahkan masyarakat Cina terutama dari
generasi Y agak keberatan untuk berkempen mengenai Deklarasi Rakyat
disebabkan oleh kehadiran Tun M.
“Media Cina merupakan satu petunjuk yang baik. Pelbagai komen
terhadap isu ini dan kebanyakannya adalah kritikal. Editor menghentam Dr
Mahathir seperti tiada siapa ambil peduli,” kata Ketua Pegawai
Eksekutif Centre for Strategic Engagement (Cense).
Maka, usaha Tun M menyingkirkan Najib hanya memberi impak buruk
kepada dirinya sungguhpun beliau merupakan individu yang
bertanggungjawab memajukan Malaysia daripada negara kelas ketiga suatu
hari dahulu.
Reputasi beliau musnah hasil daripada air tangannya sendiri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment