Ahli Parlimen Bagan yang kini berdepan dengan Skandal Banglo Mewah yang
didakwa dibeli dengan salahguna kuasa di Pulau Pinang, telah dihalau keluar
dari Sidang Parlimen sebentar tadi.
Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah ingkar arahan Speaker Dewan agar tidak menganggu perbahasan sidang Parlimen.
Lim Guan Eng sebelum itu selama satu jam telah menganggu perbahasan yang
dibuat oleh Menteri Perumahan Datuk Rahman Dahlan, yang mahu
mendedahkan tentang skandal Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai
penyelewengan Taman Manggis.
Sejurus Lim Guan Eng dihalau keluar dari Dewan, Rahman Dahlan
mendedahkan bahawa perbuatan menganggu perbahasan yang dilakukan oleh
wakil DAP itu, sengaja dilakukan agar dia tak berada didalam Dewan
ketika pendedahan dibuat.
Lim Guan Eng katanya takut untuk menjawab pendedahan mengenai Taman Manggis dan juga berbahas mengenai pendedahan berkenaan.
Ini membuktikan bahawa Lim Guan Eng memang sengaja mahu menyembunyikan
penyelewengan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang tentang projek perumahan di
Taman Manggis dan juga mengelak untuk menjawab mengenai Skandal Banglo
Mewahnya.
Inikah pemimpin pembangkang yang dikatakan sangat berintegriti yang mahu
menggantikan kerajaan Barisan Nasional dan mampu membawa Malaysia
menjadi semakin maju??
Jika dilihat dari sikap dan tingkah laku pemimpin-pemimpin di Parlimen
hari ini, tak keterlaluan jika dikatakan perangai monyet adalah lebih
bagus dari mereka. Lim Guan Eng dan wakil pembangkang menjadikan Dewan
Parlimen tak ubah seperti Zoo demi kepentingan politik peribadi mereka
sahaja.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment