Thursday, March 24, 2016

Syed Rosli Jamalullail Gesa Khairy Jamaluddin Digantung Jawatan Kabinet

MBS
Saya ingin menggesa YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggantung jawatan kabinet khairy Jamaluddin sehingga penyiasatan terhadap pegawai yang terlibat dalam skandal rm100 juta selesai.

Tujuan menggantung khairy sebagai Menteri Belia dan Sukan kerana kecuaian beliau terlepas pandang perkara yang berlaku dalam kementerian beliau. Oleh kerana isu ini bermula di zaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek maka hukuman yang serupa patut dikenakan kepada beliau.

Perdana Menteri baru sahaja berjaya selesaikan isu 1MDB,kini negara terpalit dengan skandal yang amat memalukan negara.

Skandal RM100 juta ini juga akan menjadi bahan kempen pembangkang untuk menyerang Umno dan Barisan Nasional pada PRU14 nanti yang sudah tentu memberi liabiliti besar kepada Umno BN.

Sehubungan dengan itu saya merayu kepada YAB Perdana Menteri mengambil tindakan yang tegas kepada kedua menteri ini supaya rakyat melihat Perdana Menteri serius menangani isu penyelewengan walaupun mereka berdua tidak terlibat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheZjg4U6QKL8B3q-MuEloaeRB0sOacMA9KhffvADu53RSbF9-72oYDJ5Pa-l6dNtCoyqQMIbdt6IY1JzJ-l0Q3BT7x7nQ-oHOpYzDRVl2BK8EgMq-g_jaFkS-omMshwtxM4KOWMKugIGaJ/s1600/IMG_11333469624778.jpeg
Syed Rosli Jamalullail,
Bekas Calon Ketua Pemuda Umno Malaysia 2013

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment