Thursday, March 24, 2016

Kumpulan “Anti-Najib” Bukan Sahaja Semakin Lemah Di Pusat, Malah Gagal Di Terengganu

ganu
Angan-angan pihak pembangkang mahu membina kerajaan baru di negeri Terengganu melalui beberapa usaha mereka ‘menyerang hendap’ kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri berkenaan akhirnya telah dipatahkan dan menemui jalan gagal.

Malah, usaha demi usaha mereka yang amat jijik itu tidak langsung mematahkan semangat BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat negeri itu.

Tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mahu menggulingkan penyandang, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman melalui usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu juga tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.

“Kerajaan BN di Terengganu masih kukuh, jangan risau. BN masih memegang 17 kerusi dan Pas 14 kerusi, kita masih kukuh sebagai kerajaan,” kata Ahmad Razif kepada pemberita selepas merasmikan kempen Beautiful Terengganu Malaysia di Plaza Angsana, di sini, malam tadi.

Beliau yang menggantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar turut menyifatkan isu usul Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu seperti ‘ribut dalam cawan’ yang telah Berjaya diselesaikan.

“Bagi kita isu Terengganu telah selesai, tiada ada lagi. Kita tidak ada masa lagi memikirkannya, sekarang yang penting ialah memberi perkhidmatan kepada rakyat,” kata Ahmad Razif.

Bagi kerajaan BN di Terengganu, usaha akan ditumpukan sepenuhnya untuk menjadikan negeri itu negeri maju menjelang 2020, katanya lagi.

Akhirnya, sekali lagi usaha kumpulan ‘Anti-Najib’ dengan kerjasama pihak pembangkang untuk mengurangkan kekuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah digagalkan satu demi satu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment