
Pada 1 Mac lalu, Tan Sri
Muhyiddin Mohd Yassin mendakwa dirinya masih lagi ahli Umno selepas
digantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti itu.
Tidak sampai seminggu, Muhyiddin bersama
pemimpin parti pembangkang diekori bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz
Mahathir menandatangani satu deklarasi berintipatikan hasrat pembangkang
terhadap kerajaan.
Manakala Tun Mahathir Mohammad pula mudah diperbudakkan pemimpin pembangkang.
Antara intipati ditandatangani Muhyiddin ialah mengenai rasuah.
Tetapi hampir seminggu berlalu,
Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz langsung tidak mengeluarkan sebarang
kenyataan mengenai skandal banglo Lim Guan Eng.
Adakah mereka bertiga dikenali sebagai
3M atau Tiga Macai pembangkang sebagaimana terdengar di kalangan mereka
yang pernah menyokong ketiga-tiga mereka?
Adakah diam mereka mengukuhkan dakwaan
yang mereka kini cenderung kepada pembangkang dan tak lama lagi
menyertai salah satu parti pembangkang?
Bak kata orang, diam itu tanda setuju. Maka adakah diam mereka itu merestui skandal yang terpalit pada Lim Guan Eng ini?
Jika ada kenyataan dikeluarkan selepas ini, mungkin kerana terpaksa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment