Thursday, March 24, 2016

Bukankah Muhyiddin Pernah Setuju Banteras Rasuah? Namun Kenapa ‘Menikus’ Dalam Skandal Banglo LGE?

ffa0228c3f01ba2998e58378a5e57a1d
Pada 1 Mac lalu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mendakwa dirinya masih lagi ahli Umno selepas digantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti itu.

Tidak sampai seminggu, Muhyiddin bersama pemimpin parti pembangkang diekori bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir menandatangani satu deklarasi berintipatikan hasrat pembangkang terhadap kerajaan.

Manakala Tun Mahathir Mohammad pula mudah diperbudakkan pemimpin pembangkang.

Antara intipati ditandatangani Muhyiddin ialah mengenai rasuah.

Tetapi hampir seminggu berlalu, Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai skandal banglo Lim Guan Eng.

Adakah mereka bertiga dikenali sebagai 3M atau Tiga Macai pembangkang sebagaimana terdengar di kalangan mereka yang pernah menyokong ketiga-tiga mereka?

Adakah diam mereka mengukuhkan dakwaan yang mereka kini cenderung kepada pembangkang dan tak lama lagi menyertai salah satu parti pembangkang?

Bak kata orang, diam itu tanda setuju. Maka adakah diam mereka itu merestui skandal yang terpalit pada Lim Guan Eng ini?

Jika ada kenyataan dikeluarkan selepas ini, mungkin kerana terpaksa.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment