Wednesday, March 23, 2016

Tokong Yang Berkuasa Katakan.... Tiada Keperluan Untuk Saya 'Direhatkan', Kata Guan Eng

SHAH ALAM : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan melayan desakan daripada beberapa pihak yang mahukan beliau mengambil 'cuti rehat' sehingga kes pembelian rumah banglo mewahnya selesai.

"Saya tidak faham kenapa saya perlu bercuti atas dakwaan palsu ini, malah saya tidak mempunyai pengaruh dan kawalan ke atas siasatan SPRM dan juga Peguam Negara, yang mempunyai kuasa pendakwaan penuh.

"Pun begitu, saya serahkan kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan dan menggesa mereka suapaya ia dilakukan secepat mungkin supaya nama saya dan nama kerajaan negeri dapat dibersihkan.

"Saya telah menyatakan kesediaan penuh kepada SPRM dan berharap siasatan akan berjalan secara adil, bebas dan profesional," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini Pemuda Pas Pulau Pinang menyarankan supaya Guan Eng bercuti daripada menjalankan tugas sebagai ketua menteri sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan.

Perkara yang sama juga disuarakan oleh Presiden BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, bagi memastikan ketelusan dan kelancaran proses siasatan pihak berkuasa.

Isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas.

Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang turut meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta dibeli Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah itu lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Guan Eng bertegas dan menafikan pembelian rumah tersebut yang berharga RM2.8 juta itu mempunyai kaitan dengan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis.

"Bagaimana mungkin wujud amalan rasuah jika syarikat tersebut memenangi tender itu dengan merit mereka sendiri dan membayar harga paling tinggi?

"Selanjutnya, pemilik yang menjualkan kepada saya rumah tersebut tidak pernah menjadi pemegang saham atau pengarah syarikat terbabit.

"Atas sebab ini, laporan rasuah terhadap saya kepada SPRM oleh BN dan penyokongnya adalah palsu, dan merupakan konspirasi utnuk membunuh karakter serta menghancurkaan saya secara politik," katanya lagi.

Malah beliau turut mengaitkan kes yang sama pernah berlaku terhadap bekas menteri besar Kelantan, Almarhum Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah disiasat atas dakwaan rasuah, namun tidak diminta untuk 'berehat'

"Almarhum Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah disiasat SPRM atas dakwaan rasuah berkait perbelanjaan mengerjakan haji ke Mekah pada tahun 2009, yang arwah kemudiannya batalkan.

"Tiada siapa pun meminta Datuk Seri Nik Aziz bercuti kerana arwah tidak mempunyai kawalan dan kuasa ke atas SPRM, dan dakwaan tersebut juga tidak berasas," jelasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment