Wednesday, March 23, 2016
Yang Salah Itu Jugak PR Mahukan..... Papan Iklan Bebas Anwar : Ini kata Kementerian Dalam Negeri
Gara-gara isu Pakatan di Selangor pasang papan iklan 'Bebas Anwar'
sehingga pihak polis terpaksa bertindak menurunkannya,Timbalan Menteri
Dalam Negeri Datuk Dr Nur Jazlan Mohamed beri peringatan kepada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT).
Beliau meminta PBT agar tidak meluluskan papan iklan berbentuk politik sekiranya ia bukan dalam tempoh kempen pilihan raya.
Katanya PBT tidak sepatutnya terbabit dengan agenda politik mana-mana parti di negara ini.
"PBT janganlah berpolitik. Mana ada PBT yang benarkan papan iklan
berbentuk politik. Papan iklan berbaur politik tak boleh dikeluarkan
PBT.
"Polis akan bertindak jika (papan iklan) itu dianggap tidak sesuai," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen Selasa.
Nur Jazlan ditanya mengenai papan iklan #BebasAnwar di beberapa lokasi
antaranya Ampang, Subang Jaya dan Klang yang dikatakan berbaur hasutan
serta menghina keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhi hukuman ke
atas Anwar.
Menurut Nur Jazlan, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurunkan
papan iklan berkenaan adalah tepat dan mengikut peruntukan undang-undang
bawah Akta Polis.
Berikutan protes oleh NGO terhadap papan iklan berkenaan tiga seumpamanya di sekitar Ampang Jaya telah diturunkan oleh polis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kandungan papan
tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
serta perkataan 'tahanan politik' didapati menghina serta mencabar
institusi kehakiman negara.
"Sebanyak tiga papan tanda telah ditanggalkan oleh pihak polis dan
kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan telahpun dibuka
berhubung perkara ini," katanya.
Katanya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya juga diminta untuk menurunkan
papan tanda berkenaan bagi memastikan tiada lagi bantahan dan kekecohan
berlaku.
Mengulas mengenai tindakan beberapa individu yang mengugut untuk
membakar papan tanda itu, Hamzah berkata polis telah mengambil
keterangan daripada Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Selangor Datuk
Jamal Md Yunos dan Exco Pemuda UMNO Malaysia Armand Azha Abu Hanifah
Selasa.
Katanya, dua kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 9 (1) Akta
Perhimpunan Aman dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung perkara
tersebut.
Terdahulu, Jamal dan Armand Azha tampil memberi keterangan di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, pada 3 petang tadi.
Kira-kira 200 penyokong dan 13 peguam turut berkumpul di hadapan IPD Ampang Jaya sebagai tanda sokongan kepada mereka.
Rabu lepas, Jamal yang mengetuai sekumpulan individu menampal kain
rentang pada papan tanda #BebasAnwar di Ampang Jaya swebagai tanda
protes selain menggugut untuk membakarnya.
Armand Azha dipanggil untuk memberi keterangan selepas memuat naik video
di laman YouTube dan mengugut untuk membakar papan tanda berkenaan pada
Sabtu lepas.
Pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukum penjara lima
tahun terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful
Bukhari Azlan, 23 tahun.
Anwar didapati melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa
Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.10
petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment