Wednesday, March 23, 2016

Zeti Enggan Diheret Persengketaan Politik Berterusan

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/zeti-BNM.jpg
Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz enggan diheret dalam kancah persengketaan politik semasa di negara ini.

“Apa yang saya boleh katakan ialah saya tidak mahu diheret dalam membuat kenyataan politik. Saya tidak akan membenarkan Bank Negara ditarik ke dalam politik,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Zeti berkata demikian ketika disoal mengenai kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merujuk kepada dirinya dalam ucapan yang dibuat minggu ini, berhubung 1MDB.

Muhyiddin mendakwa Zeti memberitahunya aset 1MDB adalah di Bank BSI.

Menurut Zeti, beliau tidak dapat mengingati jika ada memberitahu Muhyiddin tentang perkara itu.

Beliau berkata ini adalah kerana dirinya berjumpa dengan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran beberapa kali ketika beliau adalah anggota kabinet.

“Saya tidak pernah ada mesyuarat khusus bagi membincangkan itu.

“Kami mempunyai banyak interaksi dan berjumpa dengannya. Saya adalah sebahagian daripada jawatankuasa kabinet bagi menangani kos hidup dan kami sedang mengusahakan penubuhan sebuah sekolah perniagaan…

“Justeru, kami perlu pergi Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan kelulusan, termasuk kelulusannya,” katanya.

Zeri berkata beliau tidak membawa dokumen yang berkaitan dengan dana AS1.103 bilion 1MDB apabila beliau berjumpa dengan bekas timbalan perdana menteri itu.

“Oleh itu, jika saya berbincang dengannya, ia adalah secara umum berhubung apa yang berlaku dan itu berlaku agak lama dulu dan mungkin pada peringkat tersebut saya tidak mempunyai jenis maklumat yang anda sebut itu,” katanya.

Dalam temu bual eksklusif dengan media, Muhyiddin mendakwa Zeti memberitahunya bahawa AS$1.103 bilion milik 1MDB diletakkan di Kepulauan Cayman dan bukannya di Bank BSI.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment