Tuesday, April 02, 2013

Eksklusif : Hakim Mokhtaruddin Tarik Diri, Akui Beliau Ipar Anwar Ibrahim


2 April 2013


Hakim Datuk Wira Mokhtarudin Baki hari ini menarik diri dari satu kes sivil Anwar Ibrahim lawan Khairy Jamaluddin atas alasan mempunyai hubungan keluarga dengan Anwar. Saya dimaklumkan oleh salah seorang peguam yang berada di sana, Mokhtaruddin menyatakan beliau adalah ipar kapada Anwar Ibrahim.

Sekiranya sesiapa masih ingat, saya pernah menulis mengkritik penghakiman beliau dalam kes Pendakwaraya lawan Khir Toyo tahun lalu. Dalam tulisan “Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim?“, saya nyatakan, “hakim ini patut merasa malu dengan hujahan penghakimannya yang sangat dangkal dan dan tidak rasional ini.”

Hari ini tanda tanya saya mengapa Hakim Mokhtaruddin berkelakuan pelik dan luar biasa semasa perbicaraan dan ketika menjatuhkan hukuman dalam kes Pendakwaraya lawan Khir Toyo sudah terjawab.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Mampukah PAS Kedah "Bernyawa" Lagi Selepas PRU 13 Nanti?


April 2013


azizan_sakit
Nampaknya PAS Kedah makin teruk selepas memerintah Kedah selama 5 tahun. Makin hilang daya kepimpinan dan tidak lagi memberikan tumpuan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, khususnya di negeri Jelapang Padi itu.

Terbaru, Menteri Besarnya, Azizan Razak mengumumkan PAS Kedah tidak mempunyai sebarang janji baru pada PRU ke-13 ini. Dia memberitahu media baru-baru ini bahawa mereka hanya akan pakai janji lama saja yang ternyata banyak belum tertunai!

Dalam pada itu, dia sempat “balun” Menteri Besar Selangor yang pening menabur janji baru sedangkan janji-janji lamanya belum lagi ditunaikan. Tak ada jawapan balas dari Khalid “Gagap”, kah?

Saya mengundi di Kedah. Saya orang Kedah dan sangat mengecewakan bila Menteri Besar di negeri saya gagal segagal-gagalnya.

Bukan apa, selalunya apabila menang pilihanraya, sesebuah kerajaan itu akan berusaha dan bertungkus-lumus untuk menunaikan janji di dalam manifesto yang dicanang ketika berkempen sebelum pilihanraya diadakan.

Sudah menjadi tradisi bagi BN untuk menepati setiap inci manifesto yang dihebahkan kepada rakyat di dalam tempoh lebih kurang lima tahun atau sepenggal selepas mendapat mandat. Itu standard khidmat dan komitmen BN pada diri sendiri serta pada rakyat.

Tapi lain halnya pula dengan PAS Kedah. PAS Kedah boleh “carry forward” segala janji manifesto yang mereka tabur pada rakyat dulu seberapa lama yang mereka mahu. Kalau sepenggal tak dapat ditunaikan, mereka bawa ke penggal depan.

Cuba bayangkan jika PAS Kedah kalah pada PRU ke-13 nanti. Sudah tentu janji mereka takkan dapat ditunaikan lagi, bukan?

Apabila janji gagal ditunaikan, apakah kategori yang paling sesuai untuk kita golongkan mereka? PAS munafik? Kalau kita kata mereka munafik, nanti merah pula muka mereka marahkan kita. Jadi, apa hukum tidak menunaikan janji?

Sebetulnya, saya yakin bahawa Azizan sedar tentang pelbagai masalah yang dia hadapi ketika bergelar Menteri Besar Kedah selama lima tahun ini, terutama tentang masalah dalaman PAS Kedah dan pentadbiran Kerajaan PAS itu yang kacau bilau di dalamnya.

Setelah PAS menjajah Wisma Darulaman kira-kira lima tahun dulu, begitu ramai pak-pak lebai PAS yang “chempeghaa” menerobos masuk pejabat-pejabat kerajaan tanpa mempunyai kebolehan atau pengalaman memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Balak yang sepatutnya ditebang secara sistematik dan mengambil kira pelbagai aspek dan syarat telah “dirompak” ditarah habis-habisan sehingga lebih 15,000 hektar hutan simpan kekal di negeri itu gondol selicin-licinnya “dikerjakan” puak-puak PAS yang lahap.

KUIN yang dulunya sebuah kolej universiti yang menjadi kebanggaan rakyat kini berhutang lebih RM330 juta dan kampusnya yang konon-konon bertaraf 5 bintang di Kuala Ketil rupa-rupanya tidak ada asrama. Pelajar tidur dipaksa dalam bilik kuliah!

Mungkin Azizan tidak punya janji lagi untuk dijual kepada rakyat kali ini. Tapi dia lupa bahawa dia boleh menjanjikan satu kejutan kepada seluruh penyokong-penyokong PAS di negeri Jelapang Padi itu.

Azizan boleh berjanji bahawa dia akan mencantas mana-mana pemimpin PAS Kedah yang cuba menggulingkannya sebagai “Boss” PAS di Kedah. Antara yang menjadi mangsa ialah Phahrolrazi Zawawi, Nasir Mustapha, Dr. Ismail Salleh dan konco-konco mereka.

Selain itu, jangan lupa untuk memberitahu bahawa PAS akan merampas banyak kerusi DUN dan Parlimen yang dikuotakan untuk PKR dan DAP. Bukan lagi rahsia bila para penyokong PAS “berperang” dengan penyokong PKR kerana berebutkan kerusi dan nak jadi calon PRU!

Itu belum lagi diceritakan tentang huru-hara di dalam Wisma Darulaman di mana ada beberapa “taiko” muda PAS yang nak tunjuk kuasa mengalahkan Menteri Besar! Malah ada salah seorang dari pemimpin muda PAS pernah menumbuk seorang KCS!

Padanlah Azizan kerap benar dimasukkan ke hospital. Boleh dikatakan hampir setiap minggu jantungnya sakit dan perlu diperiksa doktor. Itu pun Azizan belum sedar ada pemimpin kanan PAS Kedah yang kutuk dia “pakai 3 silinder” saja untuk hidup! PAS Kedah makin parah…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Guan Eng Tak Tau Pelaburan RM 3 Billion, Typo Error?


1 April 2013


guan_eng_rainbow
DALAM negara ini hanya ada satu sahaja negeri dimana kebenaran diperlukan untuk menggunakan nama negeri tersebut, iaitu di Pulau Pinang.  Belum pernah berlaku dalam sejarah perkara seumpama ini, kali pertamalah agaknya.

Ironinya, yang menetapkan peraturan tersebut bukan orang Pulau Pinang pun, tapi orang Johor!!

Maka itu penulis yakin, penggunaan nama ‘Penang’ pada projek ‘Penang Electronic Park’ bernilai RM 3.4 billion di Wuhu, China pasti berada dalam pengetahuan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.  Apatah lagi yang hadir menandatangani projek tersebut bagi pihak kerajaan negeri ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, Mansor Othman!!

Jadi macam mana Guan Eng kata dia tak tau?

Sama ada Guan Eng ini bodoh, atau dungu atau mana-mana satu di atas.  Come’on lah, projek itu bernilai tinggi, billion-billion nilainya, guna nama Pulau Pinang dan ditandatangani oleh Mansor pulak, takkanlah Guan Eng tak tau?  Ini Ketua Menteri jenis apa?

Ataupun mungkinkah ini satu lagi kesilapan komputer ataupun typo error?  Manalah tahukan, kot-kot pemergian Mansor ke China untuk tanda tangan projek itu, tak dimasukkan atau salah dimasukkan dalam organizer Guan Eng, itu yang tak tahu tu.

Guan Eng, standard lah, kalau bagi jawapan bagi soalan yang boleh jerat leher sendiri, pasti bodoh bunyinya.  Semua benda dalam dunia ini salah, yang tak salah dia saja.  Pelik kepada kita semua tu, ada juga badigol-badigol yang percaya.

Penulis tak percaya yang si Mansor berani sendiri-sendiri pergi ke China mewakili kerajaan negeri untuk tandatangan perjanjian sebesar itu.  Guan Eng pada Mansor ialah tokong yang perlu dihormati dan ditaati, disembah kalau boleh.  Gilakah Mansor nak buat sesuatu dalam magnitud ini tanpa pengetahuan Guan Eng.

Rakyat Pulau Pinang patut desak Guan Eng menjelaskan projek ini, apa progressnya dah berapa duit keluar dan sebagainya  Tak bolehlah dia taichi masalah ini pada Mansor, ini siapa Ketua Menteri?

Masa inilah nak tengok sejauh mana DAP ini telus.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Siri 1 : Buku Penipuan PAS Kedah Diterbitkan Tanpa Etika Islam?


1 April 2013


Sayangi Kedah
Saya percaya, buku Sayangi Kedah sudah bertaburan di seluruh Kedah. Buku tersebut dikarang oleh Urusetia Penerangan PAS Kedah yang kononnya menceritakan tentang “kejayaan” PAS Kedah sepanjang lima tahun mereka menjajah bumi Jelapang Padi itu. “Kejayaan” atau “penipuan”? Mari sama-sama kita tengok…
Baru saja meneliti muka surat pertama kandungan buku tersebut, saya sudah dapat menghidu bau busuk bagaikan bangkai yang menceritakan tentang urus tadbir yang dikatakan “beramanah” itu. Mujur saya tidak termuntah!

Bercakap tentang amanah, Kerajaan PAS Kedah telah menubuhkan Tabung Tunku Mahmud yang kononnya bertujuan untuk membantu rakyat ketika dilanda bencana, membasmi kemiskinan rakyat dan urusan pendidikan.

Bila bercakap tentang bencana, saya teringat “kemurkaan” Menteri Besar, Azizan Razak, yang dikatakan tidak membantu rakyat Kedah ketika dilanda banjir besar kira-kira 2 tahun lalu. Marah betul dia bila dikatakan Kerajaan PAS Kedah tidak membantu rakyat.

Memang betul pun Kerajaan PAS Kedah tidak membantu. Yang mereka bantu hanyalah rakyat Kedah yang menyokong PAS saja. Mana-mana rakyat yang tidak menyokong mereka tidak menerima bantuan pun! Rakyat sendiri yang cerita begitu, kenapa Azizan nak marah pula, kan?

Bila bercakap tentang “tabung” yang dikelola PAS Kedah, saya yakin ramai di kalangan kita yang terbayang tentang “Tabung Memali”. Tabung tersebut dikendalikan oleh PAS Kedah dan apakah yang terjadi pada tabung itu?

Nak tahu? Dapatkan maklumat dari pemegang amanah Tabung Memali, Cikgu Non, yang kini aktif mengelilingi Kedah mendedahkan penyelewengan dan kepincangan tabung itu. Dia lebih tahu kerana dialah yang perjuangkan hak balu-balu dan anak-anak Yatim tragedi Memali dulu!

Itupun saya masih lagi belum mendedahkan tentang beberapa amanah rakyat Kedah yang hampir hancur “dikerjakan” puak-puak PAS yang lahap berhubung Kolej Universiti Insaniah (KUIN), balak di hutan simpan kekal negeri Kedah dan banyak lagi “kerja-kerja bodoh” yang PAS lakukan.

Urusetia Penerangan PAS Kedah memang betul-betul muka tak malu untuk bercakap tentang “tabung” dan “amanah” di muka surat yang paling hadapan sekali? Nampak sangat menipu dan besar sekali daya bohongnya di dalam buku itu…

Makin loya dengan kandungan buku “sampah” itu, saya menyelak beberapa halaman di tengah dan merancang untuk membacanya ketika membuang air besar saja nanti.
Tapi terpandang pula sebuah carta yang memberitahu bahawa Kerajaan PAS Kedah telah berjaya membina 12 buah masjid di sepanjang pemerintahan mereka selama 5 tahun.

masjid palsu PAS
Selidik punya selidik, saya dapati bahawa 11 buah masjid tersebut telah dibina oleh Kerajaan Pusat melalui peruntukan yang diberikan kepada Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri!

Manakala sebuah lagi masjid yang tertera di buku itu dibina hasil kutipan derma dari rakyat, dan bukannya dana dari Kerajaan PAS Kedah pun! Perkara ini telah pun disahkan oleh Pengarah ICU Kedah, Datuk Azmi Lateh baru-baru ini.

Dengan muka tak malu, ketua Urusetia PAS Kedah, Zulkifli Yahya mengaku ia dibina oleh Kerajaan Pusat ketika PAS memerintah Kedah. Dia memberi alasan bahawa buku itu hanya menceritakan apa yang terbina dan bukannya yang “dibina” oleh PAS Kedah. Kononnya…

Nampak sangat Ketua Editor buku itu seorang pembelit besar! Putar alam tak sudah-sudah! Putar belit yang cuba membelit rakyat Kedah untuk memberikan undi pada PAS sekali lagi untuk menjahanamkan Kedah? Begitu?

Kalau Zulkifli benar-benar ikhlas dan “buat kerja cara Islam” dalam penerbitan buku itu, dia sepatutnya menjelaskan bahawa Kerajaan Pusat telah membina 12 masjid di Kedah di sepanjang pemerintahan PAS di Kedah.

Kredit penuh perlu diberikan kepada Kerajaan Pusatlah. Barulah makalah itu boleh diiktiraf sebagai berintergriti, jujur dan beretika! Macam inikah rupa perangai puak-puak PAS? Islam suruh umatnya berperangai buruk macam itu, kah?

Saya akan mendedahkan lagi tentang buku penipuan PAS Kedah yang diterbitkan khas untuk menghadapi PRU ke-13 ini secara bersiri. Segala pembohongan dan penipuan mereka perlu didedahkan demi memastikan rakyat Kedah tidak lagi tertipu sekali lagi, insyaAllah!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Jadikan Johor Kubur Politik Kit Siang - Tun Dr. Mahathir


1 April 2013


mahathir
JOHOR BAHARU, 1 April — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi ‘kubur’ kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.

“Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepada Lim Kit Siang.

“Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis ‘Bicara Minda’ anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.
Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat ‘Ubah’ dan ‘Tukar’ kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.

Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.

“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya.

Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.

“Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri,” katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.

Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.
“Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.

Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.

Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya.

BERNAMA

Bantu Promosi Kejayaan Pemerintahan Tok Guru Spiritual PAS Di Kelantan


1 April 2013


kb islam
Saya “terpesona” dengan paparan Buletin Utama di TV3 semalam yang memaparkan “keindahan” negeri Kelantan yang sudah lebih 22 tahun berada di bawah kepimpinan ulama “spiritual” PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kelantan memang “hebat” di bawah kepimpinan “Tok Guru”. Sebagai sebuah negeri yang mendapat jolokan “Serambi Mekah”, saya kira ramai umat Islam di negara ini yang akan “memuji-muji” prestasi “nabi PAS” itu semalam.

Sejak 23 tahun memerintah Kelantan, Nik Aziz dikatakan telah berjaya “mengimarahkan” corak pemerintahan Islam di zaman Rasulullah SAW, sejajar dengan tuntutan syar’ie yang disarankan oleh Al-Quran dan Sunnah.

Selain berjaya mendirikan “beribu-ribu” buah masjid, “beratus-ratus ribu” buah surau dan mengIslamkan “jutaan” penyokong serta pemimpin DAP di seluruh negara, pemerintahan “Tok Guru” di Kelantan itu berjaya membuktikan kewujudan sebuah “Bandaraya Islam” di negeri itu.

Antara kebanggaan hasil pemerintahan “ulama PAS” yang dipaparkan semalam ialah kejayaan Nik Aziz dan para Exconya “menternak” sarang-sarang pelacuran di sekitar Kota Baru yang diwar-warkan sebagai “Bandaraya Islam” itu.

Bukan senang kita nak lihat pelacur berkeliaran secara terang-terangan di “Bandaraya Islam”, bukan? Hanya Nik Aziz dan PAS saja yang mampu buat begitu…

Dengan hanya bermodalkan sekitar RM150 sahaja, jantan-jantan hidung belang termasuk umat Islam akan disajikan dengan hidangan “mek kelate bertudung”. Malah TV3 membuktikan “kejayaan” itu dengan memaparkan temubual bersama pelacur tersebut!

Paling membanggakan, “mek kelate” yang sama dialeknya dengan Nik Aziz itu selamba mengaku menjual diri kepada seorang “VIP” yang melanggannya dengan harga RM300 selama 12 jam. Berapa banyak “pahala ke syurga” yang bakal ditanggung Menteri Besar Kelantan itu agaknya?

Itu belum lagi disebut mengenai kegiatan bapok-bapok, pondan-pondan dan mak nyah-mak nyah yang “gebu” berkeliaran di lorong-lorong cerah di sana. Itu bukan rahsia. Saya sendiri pernah melihatnya ketika berkunjung ke negeri itu pada tahun lalu.

Maka tidak hairanlah jika negeri Serambi Mekah itu berjaya merangkul kejuaraan “negeri paling ramai pembawa dan pesakit AIDS selama tiga tahun berturut-turut”, bukan? Nik Aziz dan PAS memang “champion”!
Selain itu, dilaporkan juga bahawa terdapat lebih dari 12 jenis aktiviti perjudian “halal” yang meriah beroperasi di Bandaraya Islam itu. Malah menariknya, “tukang kutip komisyen” merangkap kaki judi tegar di situ juga telah berjaya ditemuramah…

Kalau nak disebut tentang “muamalah” dan “ibadah” yang melibatkan dadah, tak payah ceritalah. Budak sekolah tingkatan satu pun jadi penagih. Dari penagih yang paling muda, hinggalah yang paling tua, semuanya boleh kita lihat di Kelantan.

Pusat-pusat hiburan seperti disko, kelab malam, pub, bistro, kelab dangdut dan sebagainya juga memeriahkan negeri kebanggaan PAS itu. Tapi mereka buat secara “third class” punya kelablah. Mungkin itu “standard” hiburan puak-puak PAS kot…

Peliknya, tidak ada penguatkuasaan dari ahli-ahli majlis, kah? Kalau ahli-ahli majlis “makan elaun buta”, mana ADUN-ADUN PAS Kelantan? Mereka pun “makan elaun buta” juga, kah? Mana pula perginya Exco-Exco yang terbabit?

Paling musykilnya, mana perginya Mursyidul Am merangkap Tok Guru merangkap pemimpin spiritual merangkap “nabi” PAS? Dia sebok ceramah politik di masjid selepas solat Subuh, kah? Bagilah Tok Imam yang buat kerja itu, MB ada banyak lagi kerja…kan?

Maaflah jika puak-puak PAS yang terbaca artikel ini rasa marah. Bukan saya berniat untuk mencetus kemarahan kalian. Saya hanya sekadar memberikan promosi percuma kejayaan hebat lagi membanggakan PAS sahaja. Takkan itupun nak marah, kot?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Calon Parachute PKR : Kesian Pemimpin Akar Umbi


1 April 2013


parachute
PKR dan PAS adalah 2 parti yang kerap menggunakan kelebihan sedia ada orang lain untuk kepentingan politik mereka sendiri, lebih lagi dalam nak mencari calon pilihanraya.  Berbeza dengan DAP yang bergantung kepada gerak kerja di kawasan yang diidamkan dan sentimen perkauman – dalam banyak hal orang cinalah, untuk penentuan calon.

Sebab itulah, walaupun banyak yang digebang DAP tentang status parti tersebut sebagai parti pelbagai kaum, DAP tidak pernah mencabar UMNO di kawasan majoriti Melayu, dia pun pandai takut kalah.

Tapi penulis akan jelaskan tentang perkara tersebut di lain masa, malam ini tujuannya nak mengajak rakyat melihat sendiri bagaimana mudahnya menjadi calon pilihanraya PKR.  Lupakan sekejap PAS sebab parti itu hakikatnya tidak lagi mampu memberi saingan kepada UMNO/BN berikutan isu kalimah Allah dan hudud yang digugurkan dari Manifesto Rakyat, Pakatan Rakyat.

Ahli PKR perlu bertanya, apakah tidak ada pemimpin akar umbi parti tersebut di Sabak Bernam, Johor Bahru dan Pasir Gudang sehingga calon-calon parachute diletakkan sebagai calon di kawasan tersebut.

Yang dimaksudkan ialah bekas professor Undang-Undang UIA, Aziz Bari (Sabak Bernam), bekas panglima-panglima ATM, Jen (B) Md Hashim dan Lt Jen (B) Abdul Ghafir, masing-masing di calonkan PKR di Johor Bahru dan Pasir Gudang

Walaupun ketiga-tiga kawasan tersebut secara hakikatnya adalah kawasan yang sukar untuk dimenangi calon pembangkang dan pencalonan ketiga-tiga mereka ini diibaratkan seperti ‘menyerahkan kepala untuk dipenggal’, tapi ketiadaan pemimpin akar umbi PKR di kawasan tersebut untuk dicalonkan, masih menjadi tanda soal.

Penulis katakan ‘menyerahkan kepala’ sebab BN menang dengan majoriti besar di dua dari tiga kawasan parlimen tersebut.  Di Pasir Gudang, calonnya Datuk Seri Khaled Nordin menang dengan majoriti 17,281, Johor Bahru, Tan Sri Shahril Samad menang dengan majoriti 25,349.

Sementara di Sabak Bernam, kerusi itu memang tradisi di menangi dengan majoriti besar oleh BN tapi kerana protes dan masalah yang melanda BN di Selangor  pada 2008, menyebabkan BN hanya menang dengan majoriti rendah iaitu sebanyak 1,335 undi sahaja.  Kita yakin dengan banyak pemulihan yang berlaku sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih, keadaan akan kembali seperti sedia kala dalam PRu13.

Orang PKR dikawasan terbabit dan kawasan lain yang mempunyai sindrom yang sama, perlu bertanya kembali kewajarannya pimpinan masing-masing melayan mereka seperti itu.  Ghafir, Hashim dan Aziz Bari tidak sampai 2 tahun menjadi ahli PKR tapi telah diberikan penghormatan sedemikian.

Itu cakap secara amnya saja sebab Aziz Bari dah masuk PKR awal tahun sudah.  2 jeneral bersara itu masing-masing baru sertai PKR awal tahun ini sahaja tapi dah diberi ‘penghormatan’ sebagai calon pilihanraya PKR.  Kalau dia memang aktivis parti dari tapi calon luar kawasan, itu lain, masalahnya nak jadi aktivis parti macam mana, masuk pun tak sampai 3 bulan.

Dah jadi calon.

Penulis bukan nak kata apalah, tapi inilah nilai orang PKR yang sebenarnya. Hanya layak jadi penyokong rusuhan jalanan dan buat kerja-kerja kotor yang lain, bahagian yang sedap-sedap, Anwar serah pada orang lain untuk lahap.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Lahad Datu - Siapakah Muhammad Ridzwan Yang Dicari Polis?


31 Mac 2013


ridzwan
Polis sedang mencari seorang lelaki bergelar Datu Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

http://beliabangkit.blogspot.com/2013/03/mutakhir-datuk-seri-keluarkan-kenyataan.html

Dipetik daripada : www. mykmu. net

FB Kelab Penyokong PDRM cadang CCTV Untuk PRU 13


31 Mac 2013


fbkpdrm
Facebook Kelab Penyokong Polis Di Raja Malaysiamencadangkan agar pihak Polis memasang kamera litar tertutup (CCTV) dari pelbagai sudut di pusat pengundian dalam pilihan raya umum ke-13.

Cadangan ini sebagai respon kepada artikel Mykmu.net, PRU13: Huru-Hara Terancang Pada Hari Mengundi? yang menyatakan Pakatan akan membuat kekacauan dan huru-hara pada hari pengundian

Dipetik daripada : www. mykmu. net

PRU 13 : Huru Hara Terancang Pada Hari Mengundi?


30 Mac 2013


Anwar berahim (3)
Baru-baru ini kecoh diperkatakan tentang satu dokumen sulit yang dipercayai milik PKR yang mengandungi rancangan jahat parti itu untuk melakukan huru-hara dan kekecohan pada PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Strategi kotor itu dirancang dengan teliti secara berperingkat bagi menjayakan motif khianat tersebut dan dipercayai dilakukan bagi menwujudkan suasana tidak aman di pusat-pusat mengundi di seluruh negara.

Antara pihak yang dijangka akan menjadi mangsa sasaran puak-puak pembangkang itu ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan petugas-petugasnya yang sebelum ini dituduh dengan pelbagai persepsi buruk yang didalangi petualang Bershit, Ambiga Sreenevasan.

Diperingkat keduanya pula, PKR dikatakan merancang untuk menggunakan pasukan media mayanya untuk “menyerang” beberapa kawasan Parlimen tumpuan seperti Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai dan sebagainya.

Dipercayai bahawa tujuan rancangan itu dibuat adalah untuk mempengaruhi rakyat dan pengundi supaya marahkan SPR, sekaligus menyalahkan BN berhubung pengendalian sistem pilihanraya kali ini.

Untitled4
Saya tertanya-tanya, apakah pihak pembangkang tidak ada kerja lain untuk dibuat pada PRU ke-13 ini berlangsung?

Tidak bolehkah mereka dengan senang hati membiarkan proses pengundian berjalan dengan lancara tanpa sebarang kekecohan berlaku di negara ini?

Terdesak sangatkah Pakatan Haram sehingga terpaksa menggunakan cara kotor untuk mencipta fitnah jijik dan menjejaskan imej negara pada PRU kali ini?

Sebagaimana maklum, setiap kali PRU diadakan di negara ini, ramai media-media antarabangsa yang akan hadir membuat liputan. Antara mereka, dipercayai ada yang telah dijemput dan diupah Anwar untuk melaporkan berita yang mampu menjejaskan kreadibiliti sistem pilihanraya di Malaysia.

Biasalah, kalau tidak busuk hati, bukan Anwar namanya. Sudah tentu pelbagai helah dan strategi jahat yang dilakukan bagi memberikan bahan kepada media-media tersebut untuk menjejaskan imej negara kita…

Beberapa permintaan Bershit sebelum ini telah diumumkan akan dilaksanakan oleh SPR pada PRU kali ini. Jadi, saya yakin bahawa kumpulan pencetus huru-hara itu tidak punya sebab untuk memprotes atau membuat kacau pada PRU ke-13 ini.

Oleh itu, sekiranya kumpulan Bershit yang kotor itu berani membuat kekecohan di pusat-pusat mengundi nanti, kita perlu tahu bahawa ada yang tidak kena dengan kumpulan tersebut. Mungkin mereka diupah untuk menjayakan pelan jahat PKR tersebut.

Tak tahulah sama ada Bershit sedia untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya atau tidak kali ini. Namun dari pemerhatian saya, berkemungkinan besar mereka akan “dikeldaikan” sekali lagi oleh puak-puak pembangkang itu.

Begitulah sifat yang ada pada Anwar dan kepimpinan pembangkang. Huru-hara dan kekecohan menjadi sesuatu yang “wajib” untuk mereka lakukan. Dan kali ini, “target” mereka adalah untuk menghuru-harakan PRU ke-13.

Saya yakin, tindakan kotor tersebut dirancang kerana pembangkang tidak yakin untuk menang pada PRU kali ini dan mereka tidak mahu melihat Anwar “pencen” awal serta bertukar karier menjadi “cikgu” selepas PRU.
Mungkin kerana itulah mereka bermati-matian untuk menyelamatkan “pemimpin anugerah syaitan” itu dari kalah dan dimalukan begitu saja.

Persoalannya, apakah kita rakyat Malaysia akan terpengaruh dengan rancangan tidak bermoral puak-puak pembangkang ini? Cukuplah ketua mereka saja yang tidak bermoral, takkanlah kita nak ikut jejak langkahnya dan merendahkan moral kita pula, kan?

Bagaimana cara untuk mengelak dari terperangkap dengan permainan busuk pembangkang ini? Senang saja, undi BN dan lupakan yang lain, kan? Bukankah mudah…

Dipetik daripada : www. mykmu. net