Tuesday, June 23, 2015

Ahmad Awang Bakal Saman Hadi Awang!

ahmad awang saman hadi 
EDITOR MENULIS...
23 JUN 2015

Amarah dan dendam akibat kekalahan pada pemilihan di muktamar yang lalu rupanya masih belum terpadam. Akibat ketidakpuasan hati tersebut, maka lahirlah kumpulan G18 yang dianggotai oleh calon-calon pro Anwarinas yang tewas, bagi mencari “wadah” baru perjuangan yang lebih “Islamik dan Berakhlak”.

Saya amat terkejut dengan laporan sebuah portal pro Pakatan Rakyat, apabila melaporkan calon tewas, Ahmad Awang sedang berkira-kira untuk mengenakan saman ke atas Presiden PAS, Hadi Awang.  Asasnya, terdapat video yang tersebar di kalangan perwakilan sewaktu muktamar berlangsung.

Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.

“Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak,” katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu.

Soal untuk saman atau tidak, saya serahkan kepada empunya badan untuk membuat keputusan. Buruk baiknya, sendiri tanggung.

Sukar rupanya untuk menelan pahit kalah bertanding jawatan. Mana tidaknya, sepanjang mengikuti sayembara pertandingan jawatan nombor wahid di dalam PAS, acapkali saya disajikan dengan keyakinan setinggi langit oleh Ahmad Awang dalam cita-citanya untuk menjadi orang nombor wahid. Dia pernah mendakwa mendapat sokongan akar umbi, serta ramai yang menyokong keputusannya untuk bertanding. Apatah lagi, ia dibantu dengan kenyataan kononnya Ahmad Awang merupakan calon terbaik dan boleh menang oleh pimpinan DAP.

Alasan boleh menerima kekalahan sekadar penyedap hati, yang dijadikan tabir bagi menyembunyikan sebuah kedukaan. Jika benar mengaku kalah, terimalah dengan hati terbuka, kerana “medan tempur” yang dipilih adalah politik, seni berkemungkinan.

Anehnya, Ahmad Awang sendiri telah membuat kenyataan bahawa dia tidak kisah digelar “proksi DAP”. Jadi, mengapa kini tiba-tiba segalanya diungkit, disungkit dan dicubit?
ahmad awang proksi dap
Apa sebenarnya yang terjadi ke atas Ahmad Awang? Mampukah dia menafikan ucapannya seperti yang dilaporkan oleh portal pro Pakatan Rakyat seperti di atas? Dia sendiri tidak kisah, dan membenarkan persepsi umum ke atasnya. Jadi, mengapa kini mulai gelisah?

Belajarlah untuk bersikap konsisten. Dan dalam isu ini, belajarlah untuk jadi “man of his words”.

Nampaknya, semenjak bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR, golongan PAS sudah pandai saman menyaman. Walhal, selalunya bab-bab saman adalah “makanan ruji” Anwar Ibrahim. Hebat betul pengaruh dan modus operandi Anwar Ibrahim, sehingga menular ke dalam parti PAS.

Hadi Awang bakal terus-terusan diasak.  Jika sebelum ini ia adalah tugas DAP, kini baton sudah bertukar tangan.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment