Penduduk Melayu Pulau Pinang yang mengundi PAS dan DAP telah dikejutkan
pada tahun ini dengan notis surat untuk memansuhkan diskaun 5% orang
Melayu dalam pembelian rumah, seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan
melalui kuasa kerajaan negeri, DAP.
Natijahnya, umat ‘Melayu Zuhud’ yang memilih pakatan pembangkang tidak
dapat lagi membeli rumah dengan diskaun 5%, mungkin buat selama lamanya.
Jika sebelum ini mereka kerap melaungkan slogan seperti, “Ini
kalilah!”, “kita Tukar!”, “kita Ubah!”, kini slogan tersebut telah
bertukar sebaliknya, dan memakan diri.
Pemansuhan diskaun pembelian rumah sebanyak 5% ini memang di luar
jangkaan penduduk Melayu Pulau Pinang, terutama sekali mereka yang telah
mengundi PAS dan DAP. Ramai di kalangan mereka yang ‘makan hati’,
menangis dan terkejut atas notis yang diarahkan oleh Exco-Exco DAP Pulau
Pinang itu. Tetapi apakan daya, inilah nasib yang harus diterima
penduduk Melayu Pulau Pinang yang telah memilih PAS dan DAP sebagai
wakil rakyat mereka.
“Tahukah kami orang cina juga membayar cukai? Mengapa Melayu saja ada
diskaun? Bukankah ini punca rasis?” ujar DAP dengan bongkak seakan
mempersoal Perkara 153, Hak Istimewa Orang Melayu.
Antara Exco DAP Penang yang telah memberi arahan untuk memansuhkan
pembelian rumah 5% adalah:Chow Kon Yeow DAP hasil pilihan Melayu Padang
Kota.
Bila diimbas kembali sewaktu kempen PRU13 lepas, penduduk Melayu Pulau
Pinang sering memberitahu kepada orang ramai iaitu “kita harus bagi
peluang kepada DAP memerintah, setakat ini kami orang Batu Ferringhi
sudah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP. Bukan itu saja, guru kafa
juga menerima RM100 setiap bulan. Jika nanti tidak suka, kita ubah
kembali, 5 tahun tidak lama pun”
Kini segalanya seperti hilang punca, gundah gelana orang Melayu Pulau
Pinang ‘dikerjakan’ DAP. Sebenarnya jika dikira sehingga kini sudah kali
ke-32 tempat berniaga orang Melayu dan kampung Melayu dirobohkan oleh
parti pilihan mereka itu sejak kejayaan parti pembangkang di Pulau
Pinang pada PRU13.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu
Ferringhi, Jamaludin Hashim ketika dihubungi berkata tidak sangka
kerajaan negeri Pulau Pinang akan berbuat begini, kerana pada tahun 2012
kami semua telah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP.
“Apabila kami semua sudah sebulat suara mengundi DAP, rupanya ini
balasan mereka dengan menghapuskan 5% diskaun kami. Parti Gerakan yang
memerintah pun tidak sezalim ini.” katanya.
“Saya selaku JKKK Batu Ferringhi yang mengundi DAP sendiri tidak tahu
bagaimana mahu membeli rumah sekarang. DAP hanya berkata jangan risau
kerana wakil DAP akan membina satu lagi tapak badminton selepas selesai
merobohkan Kampung Mutiara. Bagi saya tapak badminton sudah tidak
bermakna lagi” Luah beliau sedih kerana jawapan DAP itu seperti
mempersendakan dirinya dan umat Melayu Pulau Pinang khususnya.
Ironinya, Jamaludin merupakan individu yang paling kuat memujuk semua
orang Melayu di sekitar Pulau Pinang untuk mengundi PAS dan DAP.
Sehubungan dengan itu, bekas Ketua Majlis Perbandaran Pulau Pinang,
Iszuree Ibrahim turut mendesak PAS, selaku Kerajaan Negeri Pulau Pinang
untuk campur tangan dalam isu penduduk kampung di sini.
Namun kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP dengan angkuh menjawab PAS
diberi amaran keras supaya jangan campur tangan dan ikut sahaja
keputusan kerajaan negeri kerana PAS dulu pun sudah setuju dengan dasar
dan cara kerajaan negeri Pulau Pinang diuruskan jika DAP menang. Jadi
jangan cuba melawan kami selaku ketua kerajaan disini.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:
Post a Comment