Tuesday, June 23, 2015

Perhatian Serius Akan Diberikan Kepada Perumahan Anggota Tentera.

Kebajikan tentera dijaga

Kerajaan akan terus menjaga kebajikan anggota tentera sebagai membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap negara selama ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri ­Najib Tun Razak berkata, antara agenda yang akan diberi perhatian serius ialah perumahan untuk anggota tentera yang sehingga kini masih belum mencukupi.
http://cdn.theborneopost.com/newsimages/A2588.jpg
Sebagai contoh katanya, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson di sini masih memerlukan sebanyak 800 unit rumah untuk para pegawai dan anggotanya.

“Selain itu, saya diberitahu oleh (Menteri Besar), Datuk Seri Moha­mad Hasan bahawa masalah perumahan untuk anggota tentera di (Kem Syed Sirajuddin) Gemas kritikal hingga ada yang terpaksa menyewa rumah di Johor.
http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/september/16/916malaysia_sambut_tentera.jpg
“Saya harap kita semua dapat memberi tumpuan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini tidak lama lagi,” katanya dalam majlis berbuka puasa bersama lebih 3,000 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Padang Kawad Pusasda malam ini.

Yang turut hadir Mohamad; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Sementara itu, Najib berkata, kebajikan anggota tentera menjadi keutamaan kerajaan memandangkan peranan yang dimainkan oleh mereka terutama ketika menghadapi bencana dan kecemasan tidak ternilai harganya.

“Siapa yang sanggup bawa helikopter hingga 3,000 meter hampir-hampir ke puncak Gunung Kinabalu melainkan anggota tentera, kalau ada banjir air deras sampai bot 40 kuasa kuda pun tak lepas, siapa sanggup menyelamatkan nyawa orang awam melainkan anggota tentera,” katanya.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment