Amarah dan dendam akibat kekalahan pada pemilihan di muktamar yang lalu
rupanya masih belum terpadam. Akibat ketidakpuasan hati tersebut, maka
lahirlah kumpulan G18 yang dianggotai oleh calon-calon pro Anwarinas
yang tewas, bagi mencari “wadah” baru perjuangan yang lebih “Islamik dan
Berakhlak”.
Penulis amat terkejut dengan laporan sebuah portal pro Pakatan Rakyat,
apabila melaporkan calon tewas, Ahmad Awang sedang berkira-kira untuk
mengenakan saman ke atas Presiden PAS, Hadi Awang. Asasnya, terdapat
video yang tersebar di kalangan perwakilan sewaktu muktamar berlangsung.
Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa,
pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.
“Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak,”
katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media
sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu.
Soal untuk saman atau tidak, penulis serahkan kepada empunya badan untuk membuat keputusan. Buruk baiknya, sendiri tanggung.
Sukar rupanya untuk menelan pahit kalah bertanding jawatan. Mana
tidaknya, sepanjang mengikuti sayembara pertandingan jawatan nombor
wahid di dalam PAS, acapkali penulis disajikan dengan keyakinan setinggi
langit oleh Ahmad Awang dalam cita-citanya untuk menjadi orang nombor
wahid. Dia pernah mendakwa mendapat sokongan akar umbi, serta ramai yang
menyokong keputusannya untuk bertanding. Apatah lagi, ia dibantu dengan
kenyataan kononnya Ahmad Awang merupakan calon terbaik dan boleh
menang oleh pimpinan DAP.
Alasan boleh menerima kekalahan sekadar penyedap hati, yang dijadikan
tabir bagi menyembunyikan sebuah kedukaan. Jika benar mengaku kalah,
terimalah dengan hati terbuka, kerana “medan tempur” yang dipilih adalah
politik, seni berkemungkinan.
Anehnya, Ahmad Awang sendiri telah membuat kenyataan bahawa dia tidak
kisah digelar “proksi DAP”. Jadi, mengapa kini tiba-tiba segalanya
diungkit, disungkit dan dicubit?
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:
Post a Comment