“Punyalah banyak, kerana nak memulih pengswastaan yang tidak menjadi….akibat dari salah keputusan ketika itu.”
Itu kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Negara
pagi Rabu setelah memberitahu jumlah wang yang kerajaan belanja antara
tahun 2001 hingga 2014 untuk hidupkan MAS.
“Yang Berhormat…Yang Berhormat nak tahu dari 2001 hingga 2014 berapa
kerajaan belanja untuk hidupkan MAS …RM19.2 billion…,”katanya ketika
menjawab soalan-soalan berkaitan pelan pemulihan MAS dan nasib
kakitangan yang diberhentikan.
Beliau sebelum itu bertanya mereka kenapa MAS berada dalam keadaan sekarang.
“Apa sebab yang berlaku sudah berlaku.Kita nak bina kembali ikon Negara melalui pelan pemulihan MAS sejak 29 Ogos 2014.
“Kenapa bermula kisah sedih MAS..pertama kerana kos operasi tinggi sebab
pekerja lebih banyak dari setaptnya…macam MAS ( patut) 14,000 pekerja
tetapi ada 20,000 lebih pekerja.
“Laluan tak menguntungkan ..MAS terpaksa pergi..sekarang dihentikan.
“Satu lagi ialah hasil pengswastaan yang tidak menjadi.Tentu ingat pada
zaman Perdana Menteri lama pengswastaan tidak menjadi.Kerajaan terpaksa
ambilalih pada tahun 2001,”kata Ahmad Maslan.
Katanya ini pula ditambah dengan peristiwa hilang MH370 dan MH17 yang
ditembak jatuh.Katanya ia kejadian yang di luar dugaan yang telah
menghimpit syarikat penerbangan itu.
Ahmad Maslan kata banyak syarikat lain menghadapi masalah seperti MAS sekalipun tidak menghadapi peristiwa hilang dan ditembak.
Contohnya Japan Airline,United Airline,Continental Airlines,Air Linggius telah berjaya dipulihkan.
“Jadi kita ingin bangkit semula..jadi untuk bangkit semula kos tidak
perlu kena dikurangkan supaya boleh hidupkan semula lambang Malaysia ke
seluruh dunia.”
Beliau memberitahu sidang dewan itu bahawa sehingga semalam 23 Jun
2005…sebanyak 5,500 peluang pekerjaan disediakan oleh 30 buah syarikat
kepada 6,000 kakitangan MAS yang terpaksa diberhentikan.
Timbalan Menteri itu juga kata pampasan yang diberikan kepada mereka
yang diberhentikan bukan saja akan selari dengan perjanjian bersama
malam ada dua pekara tambahan diberi.
Tambahan berkenaan ialah kemudahan perubatan percuma hingga 12 bulan
serta tambahan pampasan 30 peratus dari yang asas bagi kakitangan kurang
upaya dan jika ia melibatkan suami isteri serentak diberhentikan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO


No comments:
Post a Comment