Tuesday, June 23, 2015

Biro Kebajikan UMNO, KP1M Fokus Bantu Mangsa Bencana Dalam Negara

23 Jun 2015, Kuala Lumpur : Biro Kebajikan Umno Malaysia dan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) akan memberi fokus dalam membantu mangsa bencana banjir di Kelantan dan gempa bumi di Sabah pada tahun ini.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata berbanding dahulu, mereka sering memberi bantuan kepada rakyat di luar negara, namun pada kali ini mengambil pendekatan berbeza selepas Malaysia ditimpa dua bencana besar sejak akhir tahun lepas.
https://pbs.twimg.com/profile_images/3484308303/cf7e1e690b1b4ab4f937e5d256e034bf.jpeg
“Ia berikutan kita diberi amanah oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kawasan yang dilanda kedua-dua musibah ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan al-Mubarak Peringkat Negeri Kelantan di Bangunan Umno Kelantan di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 590 masjid di seluruh negeri ini akan menerima 10 kilogram kurma, 10 liter air zam zam dan 10,041 pasang kain baju Melayu yang akan diagihkan oleh ketua Umno bahagian masing-masing.

Dipetik daripada sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment