24 Jun 2015, Kuala Lumpur : Kecelaruan permuafakatan politik pembangkang
perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh UMNO khusnya Barisan Nasional (BN),
kata Setiausaha Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri
Syed Ali Alhabshee.
Sekarang ini kata beliau, permuafakatan antara Pas, Dap dan PKR berada dalam kecelaruan dan curiga-mencurigai sesama sendiri.
“Ini merupakan peluang terbuka untuk UMNO mengambil menafaat daripada
keretakkan tersebut,” ujarnya dalam entri di
umnobahagiancheras.blogspot.
Katanya, Pas masih berteka-teki terhadap kejujuran Dap bersabit masa depan Pakatan Rakyat (PR).
“Manakala PKR pula turut terumbang-ambing sehingga kedudukan Menteri Besar Selangor menjadi tidak menentu,” tegasnya.
Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, UMNO perlu
kembali kepada kestabilan bagi mengukuhkan keyakinan rakyat terutama
orang Melayu kepada parti itu.
Dalam masa yang sama ujar beliau, komponen BN juga perlu menunjukkan teladan yang baik dengan tidak bersengketa sesama sendiri.
“Sebarang permasalahan atau konflik dalaman perlu diselesaikan
mengikut saluran, tidak perlu dicanangkan keluar sehingga menjadi
bertambah rumit untuk diselesaikan,” tegasnya.
Justeru tegas beliau, kecelaruan dan sengketa ketiga-tiga parti pembangkang itu sepatutnya dieksploitasikan oleh UMNO dan BN.
Katanya lagi, rakyat terutaama orang Melayu semakin sedar betapa
pakatan pembangkang tidak menjanjikan sesuatu yang baik untuk masa depan
mereka.
Kerana itu katanya,UMNO perlu diperkukuhkan semula berteraskan sokongan akar umbi terhadap pucuk pimpinan parti.
“Jika berlaku kesangsian terhadap pemimpin tertinggi UMNO, ianya
pasti akan memberi kesan negartif terhadap parti dan rakyat secara
keseluruhannya.
Dalam usaha mengukuhkan keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum
(PRU) akan datang,Syed Ali mengakui UMNO perlu melakukan sesuatu secara
drastik.
Ini katanya,termasuk menamatkan segera sebarang perselisihan antara sesama pemimpin UMNO.
Beliau berkata, serangan dan kecaman terhadap pemimpin UMNO oleh
mereka yang tidak berpuashati terhadap sesuatu perkara hanya akan
memudharatkan parti.
Beliau juga kesal dengan pihak yang memperlalatkan media sosial
menabur berita-berita fitnah dan sensasi melagakan sesama pemimpin UMNO.
“Kadangkala isunya kecil dan boleh diselesaikan, tetapi sengaja disensasikan seolah-olah berlaku perpecahan besar,” ujarnya.
Keadaan menjadi bertambah rumit katanya, apabila sebahagian rakyat secara bulat-bulat menerima hidangan berita tersebut.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
No comments:
Post a Comment