Wednesday, June 24, 2015
Dakwaan Korupsi Libatkan Pegawai Mara Akan Disiasat Secara Terperinci - Najib ...Syabas
24 Jun 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa
menegaskan dakwaan korupsi mengaitkan beberapa individu dalam pembelian
hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Melbourne, Australia, akan
disiasat secara terperinci.
"Pihak berkuasa di sini akan menyiasat secara terperinci dakwaan
tersebut, dan seandainya ada sebarang salah laku dan penyelewengan,
tindakan akan diambil," katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial
Facebook dan Twitter miliknya, Selasa.
Akhbar Australia, 'The Age' melaporkan seorang pegawai tinggi Mara,
seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa
membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok
apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.
Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya'
terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di
bandar raya itu pada 2013.
Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu
dikenali 'Dudley International House", daripada A$17.8 juta kepada
A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai
rasuah di tanah air.
Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara
yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar
negara.
Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar
East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment