Lebih 50 ahli UMNO menyerahkan memorandum membantah tindakan memusnahkan
lambang parti itu di Menara UMNO minggu lepas kepada wakil Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Setiausaha UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyerahkan
memorandum berkenaan kepada ketua keselamatan, Mohd Feroze Mohd Noor
yang mewakili Datuk Bandar Datuk Patahiyah Ismail selepas pengawal
keselamatan bangunan kerajaan negeri itu yang mengunci pintu masuk atas
sebab keselamatan.
Ruang legar Komtar dilihat dipenuhi oleh ahli UMNO yang tidak berpuas
hati yang kemudiannya mengiringi Musa untuk menyerahkan memorandum
berkenaan.
Namun tidak semua dibenarkan masuk oleh anggota keselamatan yang bertindak mengunci pintu atas sebab keselamatan.
Musa turut menjelaskan pemusnahan papan tanda berkenaan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.
Malah, beliau turut mempersoalkan hak ahli majlis untuk memberi arahan
memusnahkan papan tanda berkenaan sedangkan ia di luar bidang kuasanya.
“Ini adalah salah satu cara untuk memberi tekanan kepada UMNO Pulau
Pinang. MBPP telah bertindak melulu dan tidak bertanggungjawab.
“Tindakan ini tidak mengikut Seksyen 72 (6) Akta 133 yang menyatakan
bahawa MBPP perlu memberi notis sekurang-kurangnya 30 hari kepada
pemilik bangunan untuk membetulkan apa-apa ketidakpatuhan prosedur.
“Mereka
tetap terus memusnahkan papan tanda itu selepas UMNO telah mengadakan
rundingan dengan MBPP dan pihak ahli majlis meminta UMNO untuk failkan
beberapa dokumen untuk permohonan permit bagi meletakkan papan tanda di
situ,” katanya.
Menurutnya, pihaknya telah bersetuju untuk menghantar dokumen yang diperlukan untuk memohon permit.
“Kita setuju untuk hantar dokumen berkenaan pagi semalam, namun pada
Jumaat lalu mereka datang dan merobohkan papan tanda berkenaan,” katanya
kepada poemberita selepas menyerahkan memorandum.
Musa turut mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang hanya cuba untuk menunjukkan kuasa dengan bertindak sedemikian.
Protes berhubung penurunan papan tanda UMNO itu berakhir dengan dua bendera DAP dibakar di pintu masuk Komtar.
Beberapa lelaki dilihat sedang membakar dua bendera DAP selepas Musa
beredar dari bangunan itu selepas menyerahkan memorandum berhubung
protes terbabit.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO


No comments:
Post a Comment