Wednesday, June 24, 2015

Mahukah Tun M Mengaku Justo Adalah Pemberi Maklumatnya?

mahathir_xavier
EDITOR MENULIS...
24 JUN 2015

Tertangkapnya warga Switzerland, Xavier Ander Justo oleh polis Thailand atas kesalahan memalsukan dokumen 1MDB dan Petro Saudi dengan tujuan memeras ugut, mencetuskan persoalan adakah lelaki ini yang menjadi sumber maklumat yang digunakan Tun Mahathir untuk memfitnah Perdana Menteri dan 1MDB?

Persoalan ini timbul kerana Justo dikatakan menggunakan dokumen-dokumen palsu untuk memfitnah Petro Saudi yang kemudiannya dikaitkan dengan 1MDB – pendekatan hampir sama yang digunakan Tun Mahathir untuk menuduh Perdana Menteri, cuma dokumennya saja tak pernah nampak (tapi disebutnya selalu).

Kita yakin ini hanya permulaan, selepas ini lebih banyak perkara yang akan terdedah.  Dari segi ugut dah sama dah, Justo nak ugut Petro Saudi sementara Tun Mahathir nak ugut Perdana Menteri (dia mengaku sendiri).

Maka itulah sebelum lebih banyak terdedah, kita harap Tun Mahathir boleh memberikan pengesahan sama ada benar atau tidak Justo ini adalah orang yang memberikan semua maklumat membabitkan 1MDB dan Petro Saudi yang selama ini digunakan untuk menyerang Perdana Menteri?

Perkara ini penting disahkan sekarang sebab 70% dari fitnah yang dilemparkan Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri adalah berkisar tentang transaksi antara Petro Saudi dan 1MDB.

Jika nanti, terbukti semua dokumen yang dijadikan panduan untuk mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri itu adalah palsu, tidaklah teruk sangat Tun Mahathir kena ‘tibai’.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment