EDITOR MENULIS...
24 JUN 2015
Tertangkapnya warga Switzerland, Xavier
Ander Justo oleh polis Thailand atas kesalahan memalsukan dokumen 1MDB
dan Petro Saudi dengan tujuan memeras ugut, mencetuskan persoalan adakah
lelaki ini yang menjadi sumber maklumat yang digunakan Tun Mahathir
untuk memfitnah Perdana Menteri dan 1MDB?
Persoalan ini timbul kerana Justo
dikatakan menggunakan dokumen-dokumen palsu untuk memfitnah Petro Saudi
yang kemudiannya dikaitkan dengan 1MDB – pendekatan hampir sama yang
digunakan Tun Mahathir untuk menuduh Perdana Menteri, cuma dokumennya
saja tak pernah nampak (tapi disebutnya selalu).
Kita yakin ini hanya permulaan, selepas
ini lebih banyak perkara yang akan terdedah. Dari segi ugut dah sama
dah, Justo nak ugut Petro Saudi sementara Tun Mahathir nak ugut Perdana
Menteri (dia mengaku sendiri).
Maka itulah sebelum lebih banyak
terdedah, kita harap Tun Mahathir boleh memberikan pengesahan sama ada
benar atau tidak Justo ini adalah orang yang memberikan semua maklumat
membabitkan 1MDB dan Petro Saudi yang selama ini digunakan untuk
menyerang Perdana Menteri?
Perkara ini penting disahkan sekarang
sebab 70% dari fitnah yang dilemparkan Tun Mahathir terhadap Perdana
Menteri adalah berkisar tentang transaksi antara Petro Saudi dan 1MDB.
Jika nanti, terbukti semua dokumen yang
dijadikan panduan untuk mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri itu
adalah palsu, tidaklah teruk sangat Tun Mahathir kena ‘tibai’.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment