23 Jun 2015, Kuala Lumpur : Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan
(AMK) Pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff berkata, perpecahan dan
perbalahan yang berlaku di dalam pakatan pembangkang hari ini merupakan
satu manifestasi kebodohan kepimpinan pembangkang itu sendiri.
Menurut beliau, senario politik pembangkang hari ini jelas caca merba
dan tidak lagi berpaksi kepada satu keputusan bersama selaku satu
pakatan parti politik.
“Hari ini, saya kira benarlah kata-kata bahawa pakatan ini nama
sebenarnya ialah ‘pakatoon’. Konflik dalam pembangkang seolah-olah
cerita kartun yang membuatkan kita geli hati dan membuat kita ketawa.
Pakatan hanyalah sekadar satu pakatan hiburan dan lawak jenaka politik
di negara ini.
“Bagi saya, apa yang berlaku hari ini menyerlahkan ketidakmampuan
mereka untuk mentadbir. Mereka telah memperlihatkan kebodohan mereka
dengan berbalah sesama sendiri sehinggakan kini pakatan umpama seperti
retak menanti belah.
“Mereka kata berjuang untuk rakyat, demi rakyat untuk membela rakyat,
tetapi hari ini jelas kita boleh nampak bahawa perjuangan mereka
hanyalah untuk kepentingan politik peribadi dan kepartian semata-mata,”
ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tegas beliau ini amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang terus
memperlihatkan kesepakatan mereka sejak puluhan tahun dulu biarpun
ianya dibarisi oleh 13 parti berbanding pakatan pembangkang yang hanya
dianggotai oleh tiga parti saja.
“Memanglah BN tidak sempurna. Tidak ada yang sempurna di dunia ini.
Kita manusia sentiasa ada salah dan silap. Namun jika mahu dibandingkan
BN dengan pakatan pembangkang, bezanya bagaikan langit dan bumi.
“Di dalam BN, kita boleh lihat pelbagai parti daripada pelbagai etnik
dan kaum ada bersama, namun perbezaan itu tidak pernah menjadi
penghalang bagi mereka untuk membuat keputusan demi kebaikan rakyat.
Apa-apa saja keputusan untuk rakyat, ianya pasti diperbincangkan dan
diputuskan bersama.
“Namun ini tidak berlaku di dalam pakatan pembangkang. Mereka nak
berbincang pun tak boleh, macamana mahu buat keputusan? Kita boleh lihat
bagaimana hari ini mereka mengambil keputusan mengikut selera
masing-masing. Contohnya di Sabah dan Sarawak, Dap buat keputusan untuk
putuskan hubungan dengan Pas, namun di Selangor tidak pula
begitu,”jelasnya.
Perkara ini berlaku menurut Shamsul adalah berpunca daripada tidak
adanya kesepakatan yang asli dan ikhlas di antara ketiga-tiga parti
tersebut.
“Kita dah sebut dari awal lagi, pakatan pembangkang ini diikat atas
satu ikatan dasar perjuangan yang tidak kukuh. Mereka tidak boleh kekal
lama kerana masing-masing ada agenda kepartian tersendiri, di mana
agenda itu pula saling bertentangan antara mereka.
“Sebab itu, saya seru agar rakyat di negara ini buka mata luas-luas
dan nilailah kemampuan pakatan pembangkang. Pakatan sekecil itu pun
tidak mampu mereka tadbir dengan baik, bagaimana kita mahu meletakkan
harapan untuk mereka mentadbir negara.
“Saya harap agar pada PRU akan datang, rakyat membuat keputusan yang
tepat dengan pemikiran yang rasional dan bukan emosi untuk menidakkan
pakatan pembangkang dari menguasai kerajaan negeri mahupun pusat.
Janganlah kita menyerahkan kuasa kepada mereka yang tidak mampu untuk
mentadbir, kerana kelak kita sendiri yang akan jadi mangsa,” tegasnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
No comments:
Post a Comment